berita

Sebak Kami Dengar Apabila Niat Membantu Bertukar Ajal- Kisah Arwah Sangat Memberi Kesan Pada Netizen.

February 27th, 2016 | by Epul
Kini Trending

Nelayan Hero

Niat hati tidak kesampaian, sedih baca komen daripada netizen. Ada sesetengah yang mengenali beliau ada yang tidak tapi masih juga bersama-sama mendoakan yang baik-baik. Cuma yang kami tak faham masih ada komen yang bersifat peribadi yang dilontarkan bagi menjatuhkan dan melaga-lagakan pihak tertentu.

Cukuplah dengan tabiat yang tidak bermoral tu. Kami di sini nak kongsikan kisah Pak Hasan yang turun mencari rezeki tiba-tiba..

Sedih…Kisah Pak Hasan seorang nelayan.

Screen Shot 2016-02-26 at 4.24.30 PM

Sayu hati bila mendapat perkhabaran daripada rakan facebook apabila seorang nelayan telah disahkan meninggal dunia di sekitar lokasi kejadian pendaratan cemas pesawat milik TUDM.

Niat murni beliau tidak kesampaian apabila dilaporkan lepas selepas cuba untuk berenang bagi menyelamatkan mangsa pesawat. Menurut laporan masyarakat setempat beliau merupakan orang yang terawal berada di lokasi tersebut kerana sedang mencari rezeki dengan mencari kerang.

“Mangsa mencari kerang di pesisir laut ni. Ketika cuba menyelamatkan mangsa, dia terjerlus di kawasan lumpur. “Dia hanya ditemui selepas air surut oleh pasukan penyelamat,”

Beliau telah dilaporkan meninggal dunia saat menuju ke hospital setelah mayatnya ditemui pada waktu air surut.

Kisah Allahyarham Hasan mendapat pujian diiringi doa.

Screen Shot 2016-02-26 at 4.54.08 PM

Screen Shot 2016-02-26 at 4.56.42 PM

Kehilangan arwah turut dirasai oleh orang kampung sebab beliau dikatakan seorang yang mesra dengan kanak-kanak.

Screen Shot 2016-02-26 at 5.01.30 PM

Screen Shot 2016-02-26 at 5.01.47 PM

Screen Shot 2016-02-26 at 5.03.17 PM

Screen Shot 2016-02-26 at 5.02.47 PM

Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Kami dari Oh Bulan turut bersimpati dengan ahli keluarga arwah Pak Hasan. Moga ada pihak yang prihatin terhadap nasib keluarga ini selepas insan yang mencari sumber pendapatan ini sudah tiada.

Sumber : Facebook Berita Harian

 

The following two tabs change content below.

Epul

Sponsored Content Champion at REV Asia
Jangan follow akaun Twitter & Instagram saya kat tepi ni.

SKIP THIS AD ×