Baru-baru ini viral sembilan klip video yang memaparkan aksi seorang wanita yang memakai pakaian seragam sebuah agensi penguatkuasaan melakukan aksi lucah. Video termasuk gambar individu tersebut memaparkan tindakan wanita itu membuka buka bajunya dan menyelak pakaian dalam.
Terbaru, menerusi Harian Metro, pihak polis telah menahan seorang suspek yang dipercayai terlibat dalam penyebaran video lucah wanita tersebut yang bertugas di bawah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM). Suspek yang merupakan bekas teman lelakinya itu ditahan di Telok Panglima Garang, Kuala Langat.
Susperk berusia 22 tahun ditahan
Menurut Ketua Polis KLIA, Asisten Komisioner Zulkifli Adamsah, tangkapan dilakukan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) KLIA. Polis bertindak selepas laporan dibuat oleh mangsa berkenaan penyebaran video tersebut.
Semalam polis menahan seorang lelaki berusia 22 tahun berdasarkan aduan daripada mangsa.
Buat masa ini, polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung pembabitan suspek terhadap penyebaran video berkenaan di media sosial.
Pihak polis turut merampas dua telefon pintar daripada suspek ekoran penahanannya.
Motif penyebaran masih disiasat
Menurut JKDM dalam satu kenyataan mempercayai bahawa video tersebut merupakan video lama yang dirakam tahun lalu sebelum disebarkan oleh pihak tertentu. Motif penyebaran video tersebut masih belum diketahui.
JKDM memang ada menerima maklumat mengenai video itu yang dikatakan membabitkan kakitangan agensi ini.
Buat masa ini, kita masih menyiasat mengenainya dan berdasarkan maklumat awal video itu dirakam pada tahun lalu tetapi disebar di media sosial sejak beberapa hari lalu.
Sumber:Harian Metro