berita

Sebar Berita Palsu Tentang Koronavirus, Seorang Wartawan Didakwa Di Mahkamah

February 5th, 2020 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Ekoran penularan wabak koronavirus, pihak polis sedang bergiat aktif dalam menangani isu berita palsu yang disebarkan oleh individu yang tidak bertanggungjawab. Sebelum ini seorang suspek telah berjaya ditahan pihak berkuasa kerana didakwa menyebarkan berita palsu berkenaan wabak koronavirus.

Terbaru, menerusi MalaysiaKini, seorang lagi suspek penyebaran berita palsu turut berjaya ditahan pihak polis. Lebih mengejutkan lagi apabila suspek merupakan seorang wartawan di sebuah akhbar tempatan.

Sebar berita palsu

Suspek sebelum ini membuat kenyataan di Facebook bernama ‘Ibu Yati’ dengan mengeluarkan ayat ‘Pagi tadi berita kata 1000 org China baru tiba di Penang… agaknya klu (kalau) LGE kena baru darurat ke?’. Hal ini telah menyebabkan warga Pulau Pinang cemas ekoran penularan berita palsu ini.

Mengaku tidak bersalah

‘Ibu Yati’ atau nama sebenarnya Wan Noor Hayati Wan Alias didakwa telah mengeluarkan tiga kenyataan yang boleh menyebabkan ketakutan kepada orang ramai pada 26 Januari lalu. Walaupun begitu, dia masih kelihatan tenang semasa pertuduhan dibacakan oleh Majistret Tawfiq Affandy Chin dan mengaku tidak bersalah.

Denda RM4000 setiap satu kenyataan

Jika disabitkan kesalahan, dia bakal berdepan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda, atau kedua-duanya. Walau bagaimanapun, mahkamah membebaskannya dengan wang jaminan sebanyak RM4000 untuk setiap pertuduhan dengan seorang penjamin.

Sumber: MalaysiaKini

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×