berita

Sebaris Pasukan Eropah, Portal Bola Sepak Dunia Reka Pakaian Pandemik Versi JDT

April 10th, 2020 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Laman rasmi portal bola sepak dunia, Tekkers telah mereka grafik pakaian pandemik berasaskan jersi kelab-kelab bola sepak ternama dunia. Antara kelab gergasi yang terpilih dalam kandungan Instagram Tekkers, ialah Manchester United, Barcelona, Real Madrid, Juventus dan Inter Milan.

Pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) merupakan satu-satunya pasukan dari negara Asia Tenggara yang turut terpilih oleh laman rasmi tersebut untuk mereka baju pandemic berlandaskan jersi rasmi. Berdasarkan perkongsian tersebut, pasukan JDT telah dikenali di mata dunia.

JDT sebaris pasukan bola sepak eropah

https://www.instagram.com/p/B-mXUGLJhCG/?igshid=n5haah7flh2c&fbclid=IwAR0UCm8A8oIx4F6TtFVq3adLy35Mfh_1YpiKT_tBwI-U945W1XZBmtq03Dc

Perkongsian ini mendapat lebih 35 ribu like dan rata-rata peminat pasukan JDT membanjiri ruangan komen kerana pasukan kesayangan mereka telah dikenali dunia sehingga diletakkan sebaris bersama kelab gergasi Eropah. Siapa sangka pasukan JDT telah berjaya menarik perhatian portal bola sepak dunia.

Terima kasih atas pengiktirafan

Sehubungan dengan itu, menerusi laman rasmi JDT, Johor Southern Tigers mengucapkan terima kasih di atas pengiktirafan yang dilakukan portal bola sepak Tekkers.

Kelab kecil tetapi matlamat besar

Tidak melepaskan peluang, Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim turut memberi komen yang mengatakan pasukan JDT kecil tetapi mempunyai matlamat yang besar. Beliau turut berterima kasih di atas pengiktirafan yang dilakukan portal bola sepak tersebut.

Sumber: Johor Southern Tigers, Tekkers

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×