berita

Sebelum Ditahan SPRM, Najib Razak Tinggalkan Video Ini Buat Rakyat Malaysia

July 4th, 2018 | by faris
Kini Trending

Negara digemparkan dengan berita penahanan Datuk Seri Najib Razak setelah sekian lama siasatan berlangsung sebelum ini. Najib ditahan dirumahnya pada petang Selasa jam 3 petang dan dijangka dihadapkan ke mahkamah pada pagi Rabu 4 Julai.

Artikel berkaitan: Solidariti Untuk Najib Malam Ini & Apa Pula Bakal Berlaku Esok?

Ahli Parlimen Pekan itu menerusi laman Twitternya memuatnaik video pendek mengenai pesanannya kepada seluruh rakyat Malaysia.

Hari ini adalah hari saya dan keluarga menjalani dugaan dunia

Video berdurasi 2 minit 20 saat itu dimuatnaik pada pukul 11 malam tadi antaranya meninggalkan mesej permohonan maaf kepada seluruh warga Malaysia dan beranggapan rakyat berhak mendapat pimpinan terbaik. Menurutnya dia sudah melakukan sedaya-upaya berkhidmat untuk rakyat sebelum ini.

Mengakui kelemahan sendiri, Najib menegaskan dalam video itu bahawa tidak semua tuduhan yang dikenakan ke dirinya dan keluarga adalah benar. Berita dan gambar yang tersebar tambah Najib bersifat khabar angin, palsu, putar belit dan fitnah.

Mesej berkenaan diakhiri dengan luahan kesyukuran Najib kerana menyatakan apa yang terjadi kepada dirinya dan keluarga adalah dugaan dunia untuk mereka dan tidak semua orang diuji sedemikian rupa.

Sumber: Najib Razak

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×