Mungkin ramai dalam kalangan netizen masih belum dapat melupakan aksi bekas finalis Dewi Remaja 2018/2019 Erni Nurshahira atau Ernisha yang telah menimbulkan kontroversi apabila berpakaian kurang sopan dan meminum minuman keras di kelab malam suatu ketika dahulu taktala imejnya diketahui bertudung lengkap.
Terbaru, Harian Metro mendedahkan gadis itu kini mengaku sudah tidak lagi mengenakan hijab seperti imejnya sebelum ini.
Tak nak hipokrit
Menurut Ernisha, keputusan itu diambil kerana dirinya enggan mempermainkan agama dan tidak mahu dilabel sebagai wanita munafik mahupun hipokrit.
Akuinya, dia sebelum ini sememangnya ‘on-off’ dalam mengenakan hijab sehingga membuatkan ramai pihak tertanya-tanya tentang imejnya yang sebenar.
Saya akui sebelum ini saya memang ‘on and off’ berhijab hingga ramai mempersoalkan penampilan diri yang sebenar.
Saya enggan dilabel sebagai wanita munafik atau hipokrit membuatkan mengambil keputusan untuk tidak lagi berhijab. Kecaman yang diterima membuatkan saya rasa diri ini sangat jahat dan seolah-olah sedang mempermainkan agama.
Ditentang keluarga
Ujar Ernisha, keputusannya untuk tidak berhijab sememangnya ditentang keluarga, namun dia cuba berterus-terang tentang ketidaksediaannya untuk mengenakan tudung.
Bagaimanapun katanya, dia bersyukur apabila keluarganya pada akhirnya memahami keputusan tersebut di samping turut mendoakan supaya dirinya berhijab sepenuhnya kelak.
Saya memang nak bertudung tapi sebagai manusia adakalanya iman kita ada turun dan naik. Ia bukan satu perkara yang mudah.
Sudah tentu keluarga tidak boleh terima dengan keputusan ini tapi saya cuba terangkan dengan sebaik mungkin dan memberitahu perkara sebenar.
Syukur keluarga memahami dan sentiasa mendoakan supaya saya punya kekuatan satu hari nanti untuk berhijab sepenuhnya.
Hentikan kecaman
Jelas gadis ini, ketika dia menyertai program Dewi Remaja sebelum ini, ibunya yang meminta dirinya untuk berhijab meskipun dirinya belum bersedia pada ketika itu.
Dulu pun ketika menyertai Dewi Remaja, ibu yang meminta saya berhijab kerana bakal mengintai peluang dalam bidang seni meskipun hati belum bersedia ketika itu. Saya sudah cuba tapi hidayah itu belum tiba.
Justeru dia berharap agar masyarakat tidak lagi mengecam dirinya tetapi terus mendoakan supaya imannya kuat untuk berhijab sepenuhnya pada masa yang akan datang.
Sumber: Harian Metro