Baru-baru ini, pelakon Azri Iskandar memberitahu dia kurang mendapat tawaran berlakon sehingga bayaran sewa rumahnya tertunggak.
Artikel Berkaitan: ‘Sewa Rumah Tertunggak, Berat Badan Turun 10kg’ – Azri Iskandar Nafi Kikis Duit Wanita
Artikel Berkaitan: ‘Saya Dengan Dia Dah Renggang, Nak Betulkan Keadaan Dulu’ – Azri Iskandar Akui Rindu Dr Azra
Belum sempat minta penjelasan
Terbaru, menerusi temu bual bersama OhBulan! Azri berkata dia sebenarnya sudah menerima tawaran berlakon. Namun begitu, pihak stesen televisyen tidak meluluskan namanya.
Sebenarnya ada tawaran, tapi bila hantar nama di stesen televisyen, stesen tak lulus. Saya rasa hairan juga. Apa yang tak boleh dengan saya? Lakonan yang mana saya tak bagus? Sedangkan saya tahu, saya boleh buat semua.
Disoal sama ada sudah minta penjelasan atau belum, bekas suami kepada Ellie Suriaty ini berkata, dia belum sempat meminta penjelasan daripada pegawai stesen televisyen tersebut.
Tak minta penjelasan lagi sebab saya tidak berpeluang jumpa pegawai stesen televisyen. Kalau saya jumpa, saya akan tanya apa kriteria yang mereka pilih. Saya nak tahu kenapa pelakon lain dapat watak itu dan saya tak dapat. Itu untuk watak ayah-ayah yang handsome dan lain-lain.
OhBulan! sempat juga bertanya kepada Azri mengenai kontroversi yang melanda dirinya pada tahun lalu. Ujar Azri, kontroversi tahun lalu tidak mempunyai kaitan dengan situasinya pada masa ini.
Saya tak rasa sebab kontroversi. Kontroversi semua berlaku tahun lepas. Lama dah. Saya banyak job lepas cerita lama itu. Cuma sekarang ini yang tiada. Memang saya tak tahu kenapa nama kena ‘reject’. Nanti saya jumpa, saya akan tanya.
Pelakon ‘Pontianak Harum Sundal Malam’ ini turut menyangkal dakwaan yang mengatakan dirinya terlalu memilih watak.
Saya tiada spesifik watak apa-apa. Apa sahaja yang menarik dalam kalangan masyarakat saya cuba bawa.
Dia tidak menghubungi saya
Berbicara mengenai bantuan, Azri memberitahu dia belum menerima sebarang bantuan daripada sesiapa selepas rakaman videonya bersama Melodi disiarkan minggu lalu.
Buat masa ini tiada lagi yang hubungi saya untuk menghulurkan bantuan. Cuma ada kawan-kawan yang tanya mengenai keadaan saya. Saya tak perlukan bantuan itu. Kalau nak bantu saya, kena banyak pakai duit. Kalau setakat RM10, RM20 simpan.
Anak-anak saya tahu masalah saya. Ellie buat masa sekarang dia tidak menghubungi saya. Tapi kalau apa-apa, biasanya dia akan tolong kalau saya perlukan bantuan.
Saya tiada perniagaan yang lain. Lakonan sahaja sumber pendapatan saya. Kalau saya tiada job macam sekarang, saya buat benda yang saya suka seperti membaca dan bersenam sedikit. Buat apa yang saya nak.
Azri yang ditemui selepas tayangan perdana filem ‘Janna Endoro’ di GSC Tropicana Gardens Mall, semalam, turut memberitahu bahawa kehadirannya di pawagam semalam, sebagai tanda sokongan terhadap rakan-rakan dalam industri seni.
Saya hadir sebab beri sokongan. Barisan pelakon ni semua saya kenal. Mereka baik. Pekin tu dah macam adik saya. Daripada awal dia berlakon lagi dia rapat dengan saya. Cuma Trisha Ooi baru hari ni saya tahu.