Setiap pasangan ibu bapa semestinya ingin menyambut ulang tahun kelahiran anak mereka dengan pelbagai persediaan bagi memeriahkan lagi majlis yang bakal disambut bersama.
Namun, lain pula kisah pasangan ini yang membuat persediaan majlis anak tersayang selama sebulan namun pengakhirannya bukan ‘happy ending’ apabila ibu dijemput Ilahi sehari selepas majlis berlangsung.
Artikel Berkaitan: Tak Sempat Sambut Hari Jadi, Anak Dijemput Ilahi, Ibu Tempah Lauk Kegemaran Untuk Tahlil Arwah
Meninggal dunia
Menerusi perkongsian di TikTok, pasangan suami isteri itu menyambut hari kelahiran anak mereka, Haider Yusuf yang berusia setahun.
Namun, kejadian yang tidak diduga itu menyayat hati seluruh keluarga apabila ibu, Athirah Jaafar, meninggal dunia sehari selepas meraikan ulang tahun pertama anaknya.
Al-Fatihah Athirah Jaafar. Semoga ibu Yusuf ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Semoga Yusuf membesar menjadi anak yang soleh.
Titip doa
Sementara itu, Allahyarhamah Athirah sempat menitipkan doa di laman Facebook agar Haider menjadi anak yang soleh.
Barakallah Fii Umrik Haider Yusuf. Semoga menjadi anak yang soleh, yang bijak pandai, yang taat kepada kedua orang tua, disenangi orang ramai, diberikan kesihatan tubuh badan.
Difahamkan, arwah rebah di tempat kerjanya sebelum dibawa ke pusat perubatan di Sarawak.
@nzra_d Al-Fatihah Athirah Jaafar? Semoga ibu yusuf ditempatkan dikalangan orang2 yg beriman. Semoga Yusuf membesar menjadi anak yg soleh???? #alfatihah #kasihibu #syurgakuduniaakhirat #yusuf #foryou #duniakhirat
Sumber: Tiktok @nzra_d & Facebook Athirah Jafar