berita

Sebulan Tak Kerja & Dihalau Majikan, Lelaki Ini Nekad Jalan Kaki Balik Kelantan

April 27th, 2020 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Ekoran Perintah Kawalan Pergerakan yang kini berada di fasa ke-4, seorang lelaki nekad untuk jalan kaki pulang ke kampung halaman atas desakan hidup setelah sebulan tidak berkerja. Menurut Sara Anisa, suaminya dalam perjalanan pulang ke kampung selepas dihalau dari rumah sewa milik majikannya.

Takde tempat tinggal di KL

Suami aku buat kerja gila. Jalan kaki balik kampung. Sekarang on the way ke Gerik. Pening kepala fikir. Duduk KL pun tauke halau dah, sebulan dah tak kerja. Tauke pun halau la dari rumah dia duduk tu, duit pun takde nak buat makan. Jadi keputusan dia, jalan kaki balik rumah.

Suaminya dikatakan dalam perjalanan ke Gerik dan perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kelantan memakan masa lebih kurang 4 hari. Faktor kewangan untuk teruskan hidup di KL juga mendorong suaminya untuk pulang ke kampung halaman.

Tiket bas tak dijual

Menurut Matnoe Poksu Din, dia bertekad untuk berjalan kaki selepas tiada tiket bas yang dijual di stesen bas. Tambahnya lagi, dia sudah stress memikirkan perkara ini selepas tiada tempat bertedung lagi.

Bermalam di RTC Gopeng

https://www.facebook.com/MaFiaQLaTe/videos/3087778391277864/

Dia turut berkongsi video sepanjang perjalanannya menerusi Facebook. Dia berhenti berehat di RTC Gopeng selepas mengharungi beberapa jam perjalanan untuk mengecas telefon bimbit dan sebagainya. Cuaca yang tidak menentu turut memberi cabaran kepada dirinya untuk meneruskan perjalanan.

Kasut tapak pecah

Di sini! Pecah tapak kasut!

Selepas berehat dan tidur di RTC Gopeng, dia meneruskan kembali ekspidisinya untuk pulang ke kampung. Tiba di Ipoh, dia turut diduga dengan keadaan tapak kasutnya yang pecah. Hal ini menyukarkan lagi dirinya untuk meneruskan perjalanan dalam keadaan kasut yang sedemikian.

Selamat naik lori ke Gerik

Walau bagaimanapun, seorang pengguna Facebook Kayro Rahman melaporkan bahawa dia telah menumpangkan Poksu menaiki lorinya untuk ke Gerik. Sesudah sampai di Gerik nanti Poksu bakal menumpang lori lain untuk pulang ke Kelantan.

Sumber: Sara Anisa, Matnoe Poksu Din

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×