
Air gas atau minuman berkarbonat sememangnya memberikan rasa segar dan ‘fizz’ yang menyenangkan, namun pengambilan secara kerap boleh memberi kesan buruk kepada kesihatan.
Artikel Berkaitan: Khasiat Peria Katak Untuk Kesihatan & Kawalan Gula Dalam Darah
Artikel Berkaitan: Bawang Putih Disifatkan Penawar Semula Jadi, Beri Manfaat Kepada Kesihatan Sejak Dari Dahulu
Risiko diabetes
Minuman berkarbonat mengandungi paras gula yang tinggi dan secara purata, setiap satu tin mengandungi sekitar 7 hingga 10 sudu teh gula, iaitu melebihi jumlah yang disyorkan oleh pakar kesihatan.
Pengambilan air bergas secara kerap juga boleh menyebabkan gigi menjadi sensitif. Hal ini kerana minuman berkarbonat mengandungi asid fosforik, iaitu bahan yang boleh menghakis dan menipiskan lapisan enamel gigi.
Sekiranya lapisan enamel semakin lemah, gigi lebih mudah mengalami rasa ngilu, sensitif terhadap makanan sejuk atau manis, serta lebih terdedah kepada kerosakan.
Selain itu, kandungan karbon dioksida yang terkandung dalam minuman ini turut menghasilkan gas berlebihan dalam perut, sekali gus menyebabkan perut kembung, kerap sendawa, dan rasa tidak selesa terutama bagi mereka yang mempunyai sistem pencernaan sensitif.
Kandungan gula yang berlebihan dalam minuman berkarbonat boleh mengganggu keupayaan tubuh untuk mengawal paras gula dalam darah.
Kajian menunjukkan bahawa individu yang kerap mengambil minuman manis lebih berisiko mengalami rintangan insulin, iaitu keadaan di mana tubuh tidak bertindak balas dengan baik terhadap hormon insulin.
Dalam jangka masa panjang, situasi ini boleh meningkatkan risiko diabetes jenis 2 serta masalah metabolik lain seperti obesiti dan sindrom metabolik.
Tak dinafikan, kombinasi gula, gas dan kafein (bagi sesetengah jenama) sememangnya memberikan kesegaran namun ianya memberi kesan buruk terhadap kesihatan seseorang.
Oleh itu, disarankan supaya memilih minuman yang lebih sihat seperti air putih, air kelapa atau jus buah segar tanpa tambahan gula.
Sekiranya mahukan sesuatu yang berperisa tetapi tetap ringan, boleh menggantikannya dengan air infus bersama hirisan lemon, timun atau daun pudina sebagai alternatif yang lebih menyegarkan.
Sumber: Maskulin