berita

‘Sedapnya Pengantin Baru Nyanyi!’ – Suara Merdu Hannah Delisha Cover Lagu AJL35 Dipuji

March 1st, 2021 | by Amat
Video Popular

Anugerah Juara Lagu 35 (AJL35) bakal bersiaran secara langsung pada 14 Mac 2021, jam 9.00 malam di Auditorium MBSA, Shah Alam tanpa penonton. Sebanyak 12 buah lagu bakal berentap di pentas akhir AJL35 dan sekali gus menobatkan sebuah lagu sebagai juara bagi edisi kali ini.

Artikel berkaitan: Anugerah Juara Lagu Ke-35 Bersiaran 14 Mac Ini Tanpa Penonton

Di kesempatan itu, Valient Music telah menghasilkan sebuah video medley lagu AJL35 yang dinyanyikan oleh empat selebriti iaitu Hannah Delisha, Azmi Saat, Raysha Rizrose dan Dean Eiman. Memang mantap semuanya!

Gabungan suara medley AJL35

Gabungan empat suara ini telah mencuri perhatian ramai peminat masing-masing. Video yang dimuat naik jam 12.01 pagi tadi menerusi platform YouTube itu sehingga kini telah meraih hampir 40 ribu tontonan. Rata-rata menyukai lontaran suara penyanyi perempuan dalam video ini iaitu Hannah Delisha dan Raysha Rizrose. Buat anda yang tidak lagu, konsep penggambaran video ini merupakan idea dari Hannah Delisha sendiri manakala susunan semula muzik telah dilakukan oleh Azmi Saat sendiri.

Boleh trending!

Rata-rata pendengar ‘jatuh hati’ dengan kelunakan suara Hannah Delisha dan Raysha Rizrose dalam video ini. Malah, peminat turut yakin bahawa video ini boleh trending di laman YouTube disebabkan oleh kebolehan dan kemerduan nyanyian yang dipamerkan empat penyanyi ini.

Video penuh nyanyian

Sumber: Valient Music

SKIP THIS AD ×