berita

‘Sedih, Ada Yang Tulis Bukan-Bukan Terhadap Jemaah Tabligh’ – Ebit Lew

March 15th, 2020 | by Amat
Kini Trending

Kehadiran jemaah masjid ke program tabligh di Masjid Jamek Sri Petaling tempoh hari membimbangkan ramai pihak apabila terdapat beberapa individu terjebak dengan virus COVID-19 yang telah disahkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Ustaz Ebit Lew menerusi laman Facebook bagaimanapun berkongsi perkembangan pelajar Miftahul Ulum Sri Petaling  sedang dikuarantin. Meskipun dikuarantinkan KKM, namun pelajar-pelajar ini masih terus kuat tahajud dan berdoa agar penularan wabak ini terus lenyap dengan segera.

 Semua negatif virus COVID

Sebak tengok gambar pelajar Miftahul Ulum Sri Petaling Masjid Sri Petaling sedang dikuarantin di sana atas arahan KKM. Syukur tiada seorang pun positif. Semua negatif virus covid. Mereka habiskan 30 Juz Al-Quran berulang-ulang. Mereka hidupkan malam dengan tahajud tarik rahmat Allah. Mereka tahajud menangis doakan rahmat buat negara kita dan seluruh dunia. 4 pagi semua dah menangis berdoa.

Begitu juga pendakwah yang sedang dikuarantin. Semoga semua cepat sembuh ye. Semoga semua ahli keluarga tabah ye. Allah bersama kita semua. Terima kasih semua Dr dan warga KKM. I love you all. Allah sayang warga KKM yang sedang berjuang berjihad.

Jangan cakap bukan-bukan pada mereka

Saya benar-benar sayang semua pendakwah dan anak-anak ini semua. Saya tak mampu lakukan dakwah seperti mereka. Saya tak hafal 30 juz Al-Quran dan belajar alim seperti mereka. Ini waktu saling mendoakan dan menasihati dengan baik kerana kita tak tahu apa dihadapan sana menanti. Ini bukan saat salahkan orang lain. Saya merayu semua saudaraku sekalian janganlah cakap bukan-bukan pada mereka. Semoga Allah maafkan kita semua.

Syukur 5 ribu orang yang berdaftar hadir hampir semuanya telah hadir membuat pemeriksaan. Syukur pada Allah. Tahniah pada semua. Dari mula lagi kes Brunei semua Masyaikh alim di Sri Petaling telah mengarahkan semua yang hadir pergi membuat pemeriksaan.

Utamakan yang ada simptom

Siap mereka cari call, Whatsapp semua sahabat yang lain. Mereka ada sistem sangat baik untuk sampaikan maklumat pada pendakwah yang hadir. Terkejut tengok sistem data mereka. Cuma awalnya petugas kesihatan arahkan siapa tiada simptom kuarantin di rumah. Yelah ramaikan masa tu. Utamakan yang ada simptom. Mereka terus kuarantin sendiri dirumah. Cuma ramai juga yang hadir orang biasa yang tiada nama mereka. Ceramah umum kan. Semua hadir. Kalau program lain tak tahulah ada data begitu ke tidak.

Semalam dekat Penang 30 ribu orang masih berkumpul bersesak. Hari ni beberapa hari program Kementerian Pelancongan akan melibatkan puluhan ribu orang ke seratus ribu orang menurut berita. Sekolah beribu orang pun baru semalam cuti sekolah. Presiden negara luar dan orang besar dah ramai kena.

Pemain bola dan artis pun kena

Pemain bola dan artis pun kena. Saat ini saat ubah gaya hidup dan amalan serta tawajuh pada Allah. Saya pun tangguhkan program prokids saya yang dah bayar semua makanan dan lain-lain. Puluh ribu ringgit juga kami tanggung. Walau terasa berat sangat. Takpelah demi keselamatan kita semua kerana Allah.

Sahabatku sekalian yang amat saya kasihi jom kita semua pohon pertolongan Allah tarik rahmat Allah. Donald Trump pun hari ini berdoa dan menyeru semua yang jauh dari Tuhan dekat dengan Tuhan. Mereka berdoa online seluruh Amerika. Seluruh Amerika menyambutnya. Tidaklah kita sama dengan mereka.

Tetapi marilah kita semua berdoa pada Allah yang Maha Mendengar. Maha berkuasa. Tiada yang berkuasa melainkan Allah. Dia jaga kita dulu kini dan selamanya. Sentiasa mendengar semua doa, ucapan, dan sangkaan kita.

Syabas KKM

Jom kita semua terus berdoa. Berusaha menjaga kebersihan. Menasihati dengan baik. Saling berdoa. Sedih ada yang tulis bukan-bukan terhadap jemaah tabligh. Contohilah Dr Zulkifli Al Bakri dalam memberi nasihat. Janganlah kerana segelintir beberapa orang kita hina mereka. Saya takut bila kita hina dan caci mencaci sesama kita.

Azab Allah lebih cepat dan rahmat hilang. Buat yang telah positif kita doakan mereka dan solat hajat doa mereka sembuh. Jauhkanlah cakap bukan-bukan. Siapa tahu dimana dan waktu bila nak kena kan. Tugas kita berjaga-jaga mengikut arah KKM dan tingkatkan hubungan kita dengan Allah dan banyak bertaubat.

Syabas tahniah kepada KKM. Saat kita dinasihatkan mengelak tempat awam dan sesak. Mereka barisan hadapan membantu mereka yang sakit. Panas pakaian tu. Tak makan dan minum. Nak ke tandas pun risau. Begitu juga di lab semuanya. Jom kita bantu mereka dan berusaha mencegah dengan amalkan nasihat yang telah dibagitahu pada kita. Allah pasti beri pahala syurga dan rahmat besar untuk semua Dr dan petugas kesihatan. Jom kita bantu mereka. Jom doakan mereka semua.

Teruskan berdoa

Buat yang belum buat pemeriksaan pergilah membuat pemeriksaan. Yang patut kuarantin. Terus kuarantin diri. Jaga kebersihan dan terus berdoa sama-sama ye.

Jom kita bersatu hati dan berkasih sayang kerana Allah. Hanya Redha Allah kita semua harapkan. Kita semua pesan keluarga jaga solat. Bangun tahajud dan dhuha. Buat Talim rumah. Baca manzil setiap pagi dan doa-doa Nabi SAW. Sedekah dan cakap kebesaran Allah. Tiada yang boleh angkat wabak virus COVID-19 melainkan Allah. KeranaNya kita berusaha kepadaNya sepenuhnya kita berserah. Lahaulawala Quwatailla billah. Semoga menjadi asbab hidayah seluruh alam.

Sumber: Ebit Lew

SKIP THIS AD ×