Minggu lepas anak lelaki Norman Hakim dan Abby Abadi, Danish Hakim telah berlepas ke Turki untuk menyambung pengajian hafazan. Anda boleh lihat betapa rapatnya hubungan antara Norman dan Danish sebelum berpisah. Pada ketika itu Danish tidak ke Turki berseorangan, dia ditemani Abby Abadi serta rakan-rakannya.
Selepas beberapa hari meluangkan masa bersama, akhirnya Danish terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada ibunya. Kapsyen serta foto yang dikongsikan oleh Abby Abadi ini buat netizen rasa nak menangis. Selamat maju jaya Danish!
‘Bye sayang mama..’
Abang Danish
.
AIRMATA PERJUANGAN
Mama redha
Tinggalkan Abang kt sini
Sebab Mama yakin
ALLAH jaga & bersama
Mereka yg berusaha
Menghafal KalamNYA
Dan menjaga agamaNYA
.
Jaga diri, hiasi peribadi Abang
Panjang umur, murah rezeki
Kita jumpa lagi ye
Seni seviyorum Lillahi Taala
Bye Bye Sayanggggg Mama
#MohamedDanishHakim #DanishHakim#HeroMama #SuperHeroISLAM #IspartaTurkey
Danish tidak dapat menahan sedih apabila terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada Abby Abadi. Danish akan menyambung pengajian hafazan di Turki bersama rakan-rakannya yang lain.
Rasa sebak, macam nak menangis- komen netizen
Sumber: Instagram Abby Abadi