Baru-baru ini, viral satu video di media sosial memaparkan seorang wanita dipercayai sedang memarahi dan mendakwa seorang pemandu lori berada dalam keadaan mabuk kerana telah melanggar beberapa kenderaan yang diparkir di bahu jalan.
Bagaimanapun, Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa’aton Abu Bakar menegaskan dakwaan itu tidak benar, sebaliknya lelaki itu mengalami serangan jantung dan disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital.
Artikel Berkaitan: ‘Awak Mabuk Ke?’ – Tengah Tahan Sakit, Driver Lori Dituduh Mabuk, Netizen Gesa Wanita Ini Mohon Maaf Kepada Keluarga Arwah
Artikel Berkaitan: ‘Bod** Punya Perempuan’ – Baby Shima Bengang Dengan Perakam Video Pemandu Lori, Minta Orang Ramai Sedekahkan Al-Fatihah
Nampak pemandu dalam kesakitan
Situasi memilukan hati itu turut mendapat perhatian dari doktor selebriti, Dr Say. Dr say meluahkan rasa kecewa kerana pemandu treler itu telah difitnah memandu dalam keadaan mabuk selain tidak menerima pertolongan biarpun sedang dalam kesakitan.
Video pemandu lori yang dituduh mabuk oleh wanita yang merakam ini cukup mengecewakan saya. Tanpa asal usul beliau dituduh mabuk dan tiada sebarang pertolongan diberikan kepada beliau.
Kalau korang amati video ini elok-elok nampak betapa dalam kesakitannya pemandu tu sambil dia ber-grunting in pain dan sambil tangan kirinya memegang dada kirinya. Saya faham orang biasa mungkin tak tangkap apa yg dialami pemandu tu akan tetapi perlukah menghukum beliau sebegitu?
Kalau tolong mungkin boleh diselamatkan
Tambah Dr Say, pemandu tersebut berkemungkinan boleh diselamatkan andai kata perakam video yang dipercayai milik seorang wanita itu berfikir secara rasional.
Kalaulah wanita tersebut bertanya “pakcik okey ke? Nak saya panggil ambulans?” bukannya menuduh pakcik tu, mungkin beliau boleh diselamatkan sebab when it comes to sakit jantung atau angin ahmar, time is precious. Inalillah pemandu tersebut telah meninggal dunia.
Dalam pada itu, Dr Say berharap agar kejadian ini menjadi pengajaran kepada semua pihak dan rata-ratanya mengambil tahu tentang penyakit serangan jantung.
Jadikan ini sebagai pengajaran kepada kita semua, nombor satu, jangan sesekali menghakimi sesiapa sahaja dan nombor dua didik diri kita tentang pembunuh nombor satu negara untuk sepanjang 20 tahun yakni penyakit jantung iskemik.
Sumber: Instagram @say_shazril