Pelakon Abby Abadi tampil membidas segelintir netizen yang seolah mendakwa dirinya memburukkan lagi keadaan selepas menjelaskan isu perkahwinan anaknya, Marissa Dania menerusi satu temu bual bersama Gempak baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Abby Abadi Dedah CCTV Kantoikan Marissa ‘Lari’ Ke Thailand – ‘Dia & Aslam Dah Kahwin, Sijil Nikah Ada Pada Saya’
Tak mahu orang buat cerita
Menerusi hantaran dimuat naik di Instagram (IG) Story, pemilik nama Arbaiyah Abdul Manan ini menjelaskan tujuan dirinya menerima jemputan tersebut hanyalah untuk menjelaskan mengenai isu tersebut.
Menurut Abby, perkongsian yang dibuatnya itu juga bertujuan untuk menghentikan lagi tohmahan yang mengatakan dirinya gagal sebagai seorang ibu dalam mendidik Marissa.
Sesetengah orang Malaysia ini bila diam sibuk nak tapi tapi bila kita cerita kata macam-macam pula.
Dah pengacara tanya macam mana tahu pasal kes Thailand itu, saya ceritalah point-point dia tapi tak adalah cerita segala.
Kongsi sikit sahaja untuk bagi tahu kepada yang rajin mengata ini untuk tidak buat cerita, kata saya tak jaga anak.
Kita jaga, sehabis baik jaga tapi anak itu yang di luar jangkaan.
Tambah Abby, orang ramai sewajarnya mendengar keseluruhan podcast sebelum melemparkan sebarang kecaman atau kata-kata kepadanya.
Dengar dulu keseluruhan podcast itu. Sebagai ibu, saya sentiasa mengharapkan yang terbaik utk anak-anak saya.
Tak akan saya terima untuk ditemu ramah semata-mata untuk memburukkan keadaan.
Dengar dulu, kalau pihak mereka (penerbitan) tak keluarkan point-point yang penting, saya sendiri akan minta dan akan keluarkan sendiri.
Dalam pada itu, pelakon yang popular dengan drama bersiri ‘Gerak Khas’ ini menitipkan ucapan terima kasih buat wargamaya yang faham dengan isi hati dialami seorang ibu.
Pada yang faham, yang sama-sama rasai perasaan dan kasih sayang seorang ibu, terima kasih sangat.
Sedih dan terluka bila anak kita dipersenda dan dicaci maki ikut suka.
Menerima undangan untuk ditemu ramah dalam podcast adalah usaha kecil saya untuk menyelesaikan kemelut ini.
Marissa anak saya, amanah untuk saya dan dah menjadi tanggungjawab untuk saya perbetulkan keadaan.
Tak perlu libatkan orang lain yang tidak terlibat.
Terdahulu, Abby Abadi akhirnya mengesahkan bahawa Marissa sudah pun bernikah dengan jejaka yang bernama Ahmad Aslam di Thailand menerusi temu bual bersama Gempak.
Menerusi temu buat itu juga, Abby turut menceritakan kronologi bagaimana anak perempuannya itu boleh ‘hilang’ dan bernikah senyap-senyap di Thailand bersama Aslam.
Sumber: Instagram Abby Abadi