berita

Sehingga 27 Oktober, 253 Orang ‘Frontliners’ Di Indonesia Dilaporkan Terkorban Akibat Covid-19

October 27th, 2020 | by Amat
Kini Trending

Indonesia antara negara Asia Tenggara yang mencatatkan jumlah kes positif Covid-19 tertinggi. Sehingga hari ini, Indonesia mencatatkan lebih 392,934 kes manakala jumlah kematian sebanyak 13,411 mangsa. Apa yang lebih membimbangkan, seramai 253 petugas kesihatan di negara itu dilaporkan terkorban akibat pandemik tersebut.

Perkembangan kes Asia

Sumber: The Asean Post

Bilangan kes terbaharu di negara Indonesia itu terus melonjak naik dari hari ke hari. Sehingga 26 Oktober 2020 telah merekodkan seramai 112 kematian disebabkan pandemik yang sedang menyerang dunia. Kes yang masih aktif di sana telah mencatatkan sehingga 61,851.

Manakala diikuti dengan negara Filipina dengan mencatatkan jumlah kes positif sebanyak 371,630 dan jumlah kematian seramai 7,039. Malaysia berada di kedudukan kelima negara Asia Tenggara yang mencatatkan bilangan kes tertinggi dengan 27,805 jumlah keseluruhan kes dan 236 kematian.

Frontliners dan sukarelawan terkorban

Sementara itu, di Indonesia telah melibatkan seramai 253 orang frontliners yang terkorban akibat wabak berjangkit itu. Menurut IDN Times, seramai 141 doktor, 9 doktor gigi dan 103 jururawat yang menjadi mangsa korban di negara itu.

Manakala seramai 35 orang doktor terkorban di Jawa Timur, daerah Sumatera Utara melibatkan mangsa frontliners seramai 23 doktor dan Jakarta melibatkan 20 doktor.

Memetik laporan Dr. Eka Mulyana di Indonesia mengatakan bahawa keadaan pandemik di negara itu sangat membimbangkan buat masa ini. Hal ini kerana jumlah sukarelawan dan doktor pakar semakin berkurangan.

Tidak ada negara, rumah sakit atau klinik yang dapat menjaga kebajikan pesakit kecuali dengan bantuan petugas kesihatan yang sihat dan terlindungi daripada risiko COVID-19.

Perlindungan dan kebajikan bagi para tenaga medik dan kesihatan adalah mutlak diperlukan dalam menghadapi pandemik COVID-19 ini, selain diperlukan juga peranan dari pihak-pihak lain sama ada pemerintah pusat, daerah, swasta dan para tokoh agama atau masyarakat.

Kerja melebihi masa

Kes melibatkan sejumlah angka tertinggi itu dipercayai bermula pada tarikh 23 September 2020 di mana sepasukan frontliners menjalankan tugas mereka di Rusun Bandarejo. Ketika keputusan ujian saringan pesakit sekitar dikeluarkan pada tarikh 28 September terdapat sejumlah pesakit yang disahkan positif di Rusun Bandarejo itu.

Sementara itu, Ketua Dewan Pengurus Pusat Pesatuan Perawat Nasional Indonesia iaitu Harif Fadhillah menyifatkan keadaan pandemik ini menyebabkan ramai flontliners mengalami tekanan disebabkan waktu kerja yang berpanjangan.

Belum lagi kira petugas kesihatan keletihan akibat terikat dengan aturan kerja terhadap pesakit selama berjam-jam. Mereka juga hidup dalam ketakutan berterusan dengan menghadap bilangan penyakit yang semakin bertambah.

Sumber: IDN Times

SKIP THIS AD ×