berita

‘Sejujurnya Saya Pertama Kali Puasa Penuh Pada Tahun Lalu’ – Waris

May 7th, 2019 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Penyanyi rap popular dengan loghat Negeri Sembilan, Waris baru-baru ini membuat pengakuan bahawa pertama kali dia berpuasa penuh di bulan Ramadan adalah pada tahun lalu,

Menerusi laporan Mstar, sikapnya yang tidak peduli dan sengaja tidak mahu berpuasa penuh di bulan Ramadan membuat isterinya, Izzati Amirah Kamaruddin kecewa dengan dirinya itu.

Pertama kali puasa penuh tahun lepas

Waris atau nama sebenarnya Muzammil Alias bagaimanapun telah mula berpuasa penuh selama sebulan bermula Ramadan tahun lepas.

Sejujurnya saya pertama kali dapat puasa penuh pada tahun lalu. Isteri sebelum ini sampai dah rasa menyampah dengan saya.

Anak dah dua tapi masih buat perangai macam dulu lagi. Namun Alhamdulillah.. tahun lalu saya dapat dorongan daripada isteri dan berjaya puasa penuh untuk kali pertama.

Sebelum ini memang tak pernah puasa penuh. Tak kisah orang nak kecam sebab ini adalah diri saya, jadi nak buat macam mana.

Tergoda tengok air yang dijual sendiri

Dia menceritakan kisahnya yang mula tidak berpuasa ketika dirinya berniaga di bazar Ramadan beberapa tahun yang lalu sebagai penjual air.

Waktu tu saya berniaga jual air dan kadang-kadang terpaksa buka kedai seawal pukul 4 petang dalam keadaan panas. Saya pula buat kerja seorang diri sebab waktu tu tak ada pekerja lagi.

Lepas tu, boleh pula saya tergoda tengok air. Tambahan pun apabila lihat peniaga gerai sebelah kanan dan kiri pun minum air menyebabkan saya pun tak puasa.

Tahun ini saya tak buka gerai jual air sebab nak fokus untuk beribadah dan keluarga. Tapak yang saya dapat daripada Majlis Perbandaran Seremban tu saya sewakan kepada orang lain.

Selain itu juga, saya ambil peluang untuk keluar dengan kawan-kawan yang dah lama tak luangkan masa bersama.

Tambahnya lagi, dia mahu lebih fokus kepada keluarga dan menunaikan ibadah sepanjang bulan Ramadan tahun ini.

Sumber: Mstar

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×