berita

Sekali Kena Jual Daa…

June 29th, 2018 | by faris
Kini Trending

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh tempoh hari mengumumkan nilai barang rampasan di rumah bekas perdana menteri Najib Razak adalah RM900 juta hingga RM1.1 bilion.

Artikel berkaitan: Selepas Bijan, Tiara Rampasan Rumah Najib Jadi Bahan Lawak Netizen. Yang Last Paling Win!

Antara yang dirampas adalah 2,200 cincin, 1,400 rantai, gelang tangan 2,100 unit gelang tangan, subang 2,800 unit, kerongsang 1,600 unit dan tiara 14 unit. Jika ada yang tertanya-tanya, apakah ‘nasib’ barang tersebut, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng ada jawapannya.

Nilai rampasan terbesar negara akan dijual

Menurut laporan Mstar, barang-barang yang didakwa milik Najib itu akan dijual antaranya rantai berlian, tiara dan beg tangan berjenama mewah. Menteri Kewangan berkata demikian dalam satu kenyataan kepada Associated Press (AP).

Pihak polis sebelum ini turut menganggarkan rampasan berkenaan adalah yang terbesar pernah berlaku di Malaysia.

Tidak ada apa-apa berbanding jumlah dirompak dari kerajaan

Ujar Guam Eng, kerajaan Malaysia ‘cuba untuk menjual apa yang boleh’ berhubung barang sitaan berkenaan.

Kami akan berusaha untuk menjual apa sahaja yang kami boleh, tetapi perlu diingat bahawa ia tidak ada apa-apa berbanding jumlah yang telah dirompak dari negara.

Benar-benar luar biasa

Tambah Guan Eng lagi, nilai barangan yang besar untuk sebuah negara sekecil Malaysia adalah sesuatu yang pelik apatah lagi jika ianya berlaku di negara maju seperti negara Uncle Sam.

Bayangkan jika jumlah itu ditemui atau didedahkan di Amerika Syarikat, ia akan membimbangkan walaupun untuk sebuah negara yang kaya raya seperti Amerika Syarikat.

Untuk negara kecil seperti Malaysia, ‘ia benar-benar luar biasa’.

Sumber: Mstar

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×