berita

‘Sekali Pegang Bahagian Alat Sulit Boleh Dapat RM500..’ – Artis Dedah Ada Kawan Jadi ‘Sugar Baby’

February 17th, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Hanya kerana mahu lari dari masalah kesempitan hidup, kebanyakan individu terutamanya golongan remaja memilih jalan ‘pintas’ sehingga sanggup menggadaikan maruah dengan menjadi ‘Sugar Baby’.

Artikel Berkaitan: Malaysia Negara Ketiga Di Asia Paling Ramai ‘Sugar Daddy’

Artikel Berkaitan: Konon Dedah Malaysia Ramai ‘Sugar Daddy’, Akses Sugarbook Akhirnya Disekat SKMM

Terbaru, penyanyi muda Bunga Isme dan Farisha Irish membuka mulut menceritakan pengalaman mereka apabila berkawan dengan individu yang terlibat dalam kegiatan tidak bermoral ini.

Kawan sekolah jadi ‘Sugar Baby’

Bunga Isme

Memetik laporan Kosmo, Bunga Isme memberitahu ada rakannya yang melibatkan diri dalam kegiatan ‘Sugar Baby’ sejak berusia 17 tahun kerana menghadapi masalah kesempitan hidup. Hal ini kerana, rakannya itu datang dari keluarga yang sudah berpecah-belah, maka dia dikatakan terpaksa memilih jalan tersebut untuk meneruskan hidup dan membiayai perbelanjaan persekolahan.

Dia pernah beritahu saya, sekali seluk atau pegang bahagian alat sulit, dia boleh dapat wang mudah bermula RM500. Bayangkan kalau dia buat perkara-perkara lain yang lebih ‘daring’. 

Jelas penyanyi ini lagi, ibu bapa rakannya juga tahu mengenai kegiatan tidak bermoral yang dilakukan anaknya itu tetapi mereka hanya bertindak mendiamkan diri.

Rakan universiti terlibat

Farisha Irish

Sementara itu, panyanyi Farisha Irish turut berkongsi pengalamannya berkawan dengan individu yang menawarkan khidmat ‘Sugar Baby’ ketika di universiti. Jelas Farisha, banyak lagi cara dan kerja halal lain yang boleh dilakukan untuk menjana pendapatan dan bukannya dengan memilih jalan ‘pintas’ ini untuk memperoleh kesenangan hidup.

Ada dalam kalangan rakan yang jadi ‘Sugar Baby’ sebab memerlukan duit. Dia tidaklah terlalu pamerkan kemewahan tetapi orang tahu dia melakukan kegiatan terkutuk sebegitu sebab mampu tinggal di rumah sewa berbanding pelajar lain yang menetap di kolej.

 Sumber: Kosmo

SKIP THIS AD ×