Pelakon terkenal, Datuk Aaron Aziz berkongsi momen dirinya yang sedang dalam perjalanan ke sekolah anaknya selepas dipercayai menerima ancaman bom.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Netizen Cuba ‘Masuk Jarum’, Terpegun Lihat Kecantikan Anak Aaron Aziz – ‘Assalamualaikum Ayah’
‘Jangan kancheong’
@therealaaronaziz Salam Semua. Terima kasih @PDRMsiaOfficial Dalam emergency kalau boleh jgn panic. Keep calm dan folllow protocol. Kalau satu huru hara. Lain akan ikut. Ingat orang lain pun Ada anak anak. @AKSO MALAYSIA @HOMBRE MALAYSIA #Abgpunpanictapitawakal #Abgharapsemuaparentsbecomeconsiderate #jangankancheong #f #fyp #foryou #fyp? #fy #foryoupage #aaron #aaronaziz #fyp??viral #bomb ? original sound – aaron aziz
Menerusi video dimuat naik di TikTok, Aaron yang sedang memandu mendedahkan sekolah anaknya merupakan antara sembilan sekolah yang menerima ancaman tersebut.
Apparently, ada ancaman bom yang diterima beberapa buah sekolah jadi kita ibu bapa diminta oleh pihak sekolah untuk datang ambil anak-anak.
Sekolah anak saya yang terletak di Setia Alam merupakan salah satu sekolah yang menerima ancaman tersebut.
Sungguh pun begitu, pelakon yang terkenal dengan watak Malik dalam filem ‘KL Gangster’ itu menasihati agar ibu bapa pelajar lain untuk sentiasa tenang dan ikut arahan yang diberikan.
Jadi sekarang tengah huru hara, family semua pun kelam kabut sampaikan ada yang potong barisan, dan saya faham sahaja itu berlaku.
Tapi korang bila berlaku situasi yang sebegini tolong kekal tenang, jangan jadi kancheong.
Ikut semua arahan yang diberi, kalau orang suruh beratur tolong beratur. Kalau seorang tak beratur lepas tu nanti ada yang ikut. Jadi, benda ni akan jadi lagi teruk.
Menurutnya, tindakan segelintir ibu bapa yang bertindak sedemikian akan menyukarkan lagi semua pihak dalam memastikan keselamatan anak-anak terjamin.
Pelakon kelahiran Singapura tersebut turut menitipkan ucapan terima kasih kepada pihak polis yang berjaya mengawal keadaan meskipun berlaku situasi yang mencemaskan.
Pengesahan pihak polis
Foto: Sinar Harian
Sementara itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan terdapat beberapa buah sekolah antarabangsa di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor menerima ancaman bom.
Terdapat tujuh sekolah antarabangsa di Selangor di daerah Petaling Jaya, Shah Alam, Kajang, Subang Jaya, dan Kuala Langat terima ancaman itu.
Siasatan masih dijalankan dan dipercayai ia adalah satu ancaman palsu.
Difahamkan, ancaman bom tersebut telah diterima organisasi sekolah antarabangsa melalui e-mel tanpa nama antara jam 9.30 pagi dan 10.15 pagi Selasa.
Sumber: TikTok, Sinar Harian