Di Kelantan, peningkatan kes positif Covid-19 semakin meningkat dan membimbangkan. Perkara tersebut turut memberi kesan terhadap faktor pendidikan dan beberapa buat sekolah terpaksa ditutup kerana gusar wabak berkenaan semakin menular. Memetik laporan BH Online, semua sekolah dan institusi pendidikan melibatkan tujuh daerah di Kelantan terpaksa ditutup bermula hari ini hingga 24 April nanti.
Semua sekolah dan institusi ditutup
Foto hiasan
Menurut Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan iaitu Zulkernai Fauzi memaklumkan keputusan tersebut dibuat selepas mengadakan mesyuarat dan bimbang akan peningkatan kes melibatkan guru dan murid di institusi pengajian.
Bagaimanapun, mana-mana pelajar yang tinggal di asrama perlu kekal berada di asrama. Sebaliknya, pelajar lain perlu melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) kerana semua sekolah di negeri itu akan ditutup.
Hasil mesyuarat dengan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Khas Kelantan petang semalam, mencadangkan menutup semua sekolah dan institusi pendidikan di bawah KPM di tujuh daerah yang dilaksanakan PKP.
Sehubungan itu, KPM membuat ketetapan bahawa semua sekolah di tujuh daerah berkenaan ditutup mulai 18 hingga 24 April, namun pelajar asrama perlu kekal berada di asrama.
Namun bagaimanapun, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) akan membuat pemantauan setiap hari kepada murid asrama supaya mereka berada dalam keadaan sihat dan tidak bergejala. Antara tujuh daerah yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan bermula 16 hingga 29 April termasuk Kota Bharu, Pasir Mas, Pasir Puteh, Bachok, Machang, Tumpat dan Tanah Merah.
Sumber: BH Online