Selepas insiden pencemaran sungai Kim Kim di Pasir Gudang pada awal bulan ini berlaku, sebanyak 111 sekolah ditutup sehingga kini. Apabila masalah pencemaran yang telah diselesaikan, kesemua sekolah ini bakal dibuka semula pada awal April ini. Menerusi Berita Harian, kesemua 111 sekolah itu akan kembali beroperasi pada Ahad ini setelah bercuti panjang.
Cuti tidak perlu ganti
Apabila tidak perlu ganti, kita mengharapkan guru dapat menghabiskan silibus walaupun mungkin terpaksa kejar sedikit sebab ketinggalan sepanjang sekolah tidak beroperasi. Ia bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran (P&P) itu dapat dibuat dan silibus dapat dihabiskan untuk menghadapi peperiksaan nanti.
Selain itu, mengikut laporan jawatankuasa bencana, semua sekolah berada dalam keadaan selamat untuk dihadiri oleh pelajar. Berdasarkan kepada keputusan yang dikeluarkan oleh jawatankuasa bertindak atau jawatankuasa pengurusan bencana Sungai Kim Kim ini maka kita ambil ketetapan seperti itu.
Ini kerana semua bahagian sama ada dari pihak bomba, Pasukan Khas Pengurusan Bahan Bahaya (HAZMAT) dan kesihatan menyatakan keadaan sudah selamat.
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Agama Johor, Aminolhuda Hassan, berkata cuti sekolah yang diberikan sebelum ini tidak perlu digantikan dan berharap agar guru-guru dapat menghabiskan silibus pembelajaran untuk peperiksaan akan datang secepat mungkn walaupun ketinggalan berbanding sekolah lain.
Dia turut berkata pihaknya menyerahkan kepada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) untuk membuat ketetapan dalam kalangan guru.
Taklimat khusus keselamatan akan diadakan
Sebagai tambahan, taklimat khusus berkaitan dengan keselamatan daripada pakar akan dibuat pada Isnin ini jam 2 petang di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Johor Bahru supaya ibu bapa termasuk Persatuan Ibu Bapa dan Guru dapat turut serta mendengar taklimat berkaitan penjagaan seterusnya.
Dia turut mengatakan bahawa taklimat khusus berkaitan keselamatan daripada pakar akan diadakan pada isnin ini di SMK Agama Johor Bahru dan mengharapkan semua ibu bapa dapat turut serta mendengar taklimat berkaitan langkah penjagaan seterusnya.
Sumber: Berita Harian