berita

Selain Melegakan Ketidakhadaman, Ini 5 Lagi Manfaat Teh Hijau Yang Korang Perlu Tahu!

July 8th, 2019 | by Epul
Kesihatan & Hidup Aktif

Weyh, kau nak kurus kan? Apa kata kau try minum teh hijau, orang kata boleh cepat kurus…

Korang pernah tak terbaca atau disarankan untuk minum teh hijau bagi membantu menurunkan berat badan? Tapi betul ke teh hijau ni ada fungsi untuk turunkan berat badan?

Haa.. Kalau korang peminat tegar teh hijau macam admin sendiri, korang kena tau apa sebenarnya khasiat yang terkandung dalam setiap cawan teh yang korang minum tu. Bukan setakat kurus je tau!

1. Rahsia masyarakat Jepun panjang umur..

Negara Jepun terkenal dengan cara pemakanan mereka yang sihat dan juga budaya minum teh hijau dalam setiap hidangan. Tapi kenapa dalam banyak-banyak minuman teh hijau menjadi pilihan?

Kalau korang nak tau teh hijau ni mempunyai polyphenol seperti flavonoids dan cathechin yang berfungsi sebagai antioksidan. Bahan ni mempunyai fungsi untuk mengurangkan pembentukan radikal bebas dalam tubuh, melindungi sel dan molekul yang boleh menyebabkan pelbagai penyakit dan penuaan sebelum usia.

Patutla orang Jepun sihat-sihat dan mempunyai umur yang panjang.

*Sumber: Sinar Harian

2. Kurangkan risiko hidap diabetes

Tahukah korang teh hijau dapat membantu mengurangkan risiko individu daripada penyakit kencing manis? Haa.. Ni merupakan hasil kajian yang dilakukan di Jepun yang mendapati 42 peratus mereka yang minum teh hijau mempunyai risiko yang rendah untuk mendapat penyakit tersebut.

Selain tu juga, teh hijau ni dapat membantu mengawal diabetes jenis II kerana kandungan anti oksidan yang dikenali sebagai alpha glucosidase menekan rembesan enzim, yang memperlambat penyerapan glukosa dalam darah. Jadi sedikit saja insulin diperlukan untuk memproses glukosa dalam darah.

*Sumber: Berita Harian, Free Malaysia Today

3. Melegakan ketidakhadaman

Perut selalu tak selesa selepas makan? Apa kata korang amalkan teh hijau selepas makan. Teh hijau terbukti dapat membantu menghapuskan bakteria dan mencegah penyakit perut seperti keracunan makanan kerana kandungan tanin dalam teh hijau meningkatkan rembesan asid gastrik.

Amalkan dalam 2-3 cawan sehari bagi membantu melancarkan penghadaman korang. Barulah gaya hidup sihat!

*Sumber: Free Malaysia Today

4. Membantu meransang fungsi otak

Minum teh boleh jadi pandai? Haa.. Kalau korang nak tau teh hijau buka saja berfungsi untuk mengaktifkan kadar metabolisme korang malah teh juga mempunyai kafein (tak sebanyak kopi) yang diakui sebagai bahan peransang minda.

Bukan tu je, teh hijau juga mempunyai asid amino L-theanine,  dimana gabungan asid amino dengan kafein dapat meningkatkan lagi fungsi otak.

Sumber: Bidadari.my

5. Mengurangkan risiko penyakit kanser

Kadar antioksidan yang tinggi dalam teh hijau juga membantu dalam mengurangkan risiko kanser tau. Antaranya kanser payudara, prostat dan kolorektal (usus).

Jadi nak sihat jangan lupa amalkan teh hijau sebagai minuman ruji korang setiap hari, bagi dapatkan manfaat teh hijau secara maksimum.

Banyak betul rupanya khasiat teh hijau ni. Tapi mana nak dapat teh hijau yang mempunyai kualiti yang tinggi dan sedap untuk diminum?

*Sumber: Sinar Harian

Matcha Jepun daripada Lipton? Wajib cuba ni!

Haa.. Lepas ni korang dah tak payah susah-susah nak cari teh hijau ni, sebabnya jenama teh nombor 1 di dunia, Lipton dah perkenalkan 2 perisa baru dengan khasiat teh hijau iaitu Lipton Japanese Matcha Yuzu Lime dan juga Lipton Japanese Matcha Ginger & Lemongrass.

Korang yang amalkan gaya hidup sihat tu memang kena cubala perisa ice tea terbaru daripada Lipton, bukan je berkhasiat minuman ni juga rendah kandungan gula tau, yang penting rasanya pon sedap!

So, tunggu apa lagi jom dapatkan minuman Lipton Japanese Matcha Yuzu Lime dan Lipton Japanese Matcha Ginger & Lemongrass untuk dapatkan khasiat teh hijau sebenar hari ni juga! Kalau korang nak tau lebih lanjut tentang produk-produk menarik daripada Lipton follow je Facebook Lipton Ice Tea.

*Gambar dan sumber berasal daripada pelbagai sumber media. Pihak Lipton tidak memberi jaminan produknya boleh memberikan manfaat berikut.
The following two tabs change content below.

Epul

Sponsored Content Champion at REV Asia
Jangan follow akaun Twitter & Instagram saya kat tepi ni.

SKIP THIS AD ×