Ibu kepada kanak-kanak autisme yang dibunuh pada Disember lalu, Zayn Rayyan Abdul Matiin iaitu Ismanira Abdul Manaf meruntunkan hati wargamaya apabila memuat naik gambar suntingan dengan arwah anak syurganya itu di Instagram (IG).
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Mommy Bangga Dapat Lahirkan Abang, Penghuni Syurga Allah’ – Ibu Zayn Rayyan
‘Selamat bergraduasi Zayn Rayyan’
View this post on Instagram
Menerusi hantaran tersebut, Ismanira menitipkan ucapan tahniah buat arwah anak syurganya itu yang sepatutnya menyambut hari graduasi di sekolahnya, SK Damansara Damai (2), Petaling Jaya pada Khamis.
Tahniah! Selamat bergraduasi Zayn Rayyan. Mommy bangga dengan setiap pencapaian abang.
Tak kira besar atau kecil mana pun pencapaian abang, mommy tetap bangga.
Ibu berusia 29 tahun itu turut menitipkan ucapan terima kasih buat sekolah berkenaan yang menjemputnya bagi menghadiri majlis graduasi yang diadakan.
Terima kasih kepada warga SK Damansara Damai (2) di atas jemputan ke Majlis Konvokesyen semalam (Khamis).
Ia akan menjadi kenangan yang indah buat kami sekeluarga.
Di akhir hantarannya itu, Ismanira sekali lagi meruntunkan hati netizen apabila memaklumkan dirinya tidak dapat bergambar dengan arwah Zayn seperti ibu bapa lain.
Mommy tak dapat nak bergambar bersama dengan Abang macam ibu bapa yang lain, mommy dapat edit macam ni je.
Sekadar info, Zayn yang dilaporkan hilang ditemui dalam keadaan tidak bernyawa disaliran air berdekatan takungan air dari rumahnya di Apartmen Idaman yang terletak di Damansara Damai pada 5 Disember lalu.
Kematian Zayn diklasifikasikan sebagai kes bunuh dan sehingga ke hari ini pelaku dan motif pembunuhan ini masih lagi belum dikenal pasti.
Meskipun begitu, pihak polis memberikan jaminan bahawa siasatan tidak akan dihentikan meskipun tiada petunjuk baharu ditemukan setakat ini.
Sumber: Instagram Izzmanaf