berita

Selamat Bersalin : Almy Nadia Tak Perlu Risau Gemuk Lagi

February 17th, 2015 | by Ai
Kini Trending

Screen Shot 2015-02-16 at 23.33.21

Tahniah diucapkan kepada pasangan suami isteri, Almy Nadia dan Fizz Fairuz yang baru sahaja dikurniakan cahaya mata kandung sulung mereka petang semalam.

Bayi perempuan itu dilahirkan pada jam 6.49 petang dan difahamkan berat bayi berkenaan ialah 3.25 kilogram. Wah boleh tahan sihat ya? Patutlah perut Almy agak besar sewaktu hamil.

Lepas Ni Kembali Ramping!

Screen Shot 2015-02-16 at 23.35.00

Apapun, kami pasti selepas bersalin ini Almy tentunya tak sabar untuk berpantang dan mengamalkan petua-petua berguna bagi mendapatkan bentuk badannya yang langsing semula.

Kalau korang ingat lagi, masa Almy sarat mengandung beberapa bulan lepas, pelakon ini amat bengang apabila terdapat sesetengah pihak yang melabelnya gemuk hanya kerana saiz perutnya yang besar. Sampaikan Almy stress jadinya.

Artikel berkaitan:

Jadi, lepas ni tak perlu risau lagi dengan apa orang cakap. Yang penting Almy dan baby sihat serta cukup khasiat. Tak sabar nak tengok muka baby, ikut muka Almy, Fizz atau kakaknya, Eisya?

Tapi bagi kami, tak kisahlah macam mana pelik pun bentuk badan perempuan waktu pregnant, mereka tetap yang paling mulia. Banyak sungguh pahala yang diberikan kepada ibu mengandung dan bersalin. Jadi, persetankan sahaja mereka yang mengata tu, Almy.

SKIP THIS AD ×