Pemergian pengarah Pitt Hanif bukan sahaja ditangisi kaum keluarga, malahan dirasai oleh rakan artis yang pernah bekerjasama dengannya sebelum ini. Zahiril Adzim, Jihan Muse dan Beto Kusyairy berkongsi kisah mereka sepanjang perkenalan dengan anak aktivis teater Fauziah Nawi ini.
Disayangi ramai
Zahiril Adzim menerusi Instagramnya berkongsi cerita pengalamannya bekerja di bawah Pitt untuk beberapa filem dan drama. Apa yang paling diingatinya adalah arwah akan memberi cuti pada hari Jumaat untuk menyenangkan pelakon dan krew.
Pitt, kau je sorang Assistant Director yang aku kenal, yang akan bagi cuti hari Jumaat bila buat jadual. Dari zaman ‘Parit Jawa’, ‘Pekak’, sampailah ke ‘One Two Jaga’. Semua orang tahu, kau mesti nak kita semua cuti hari Jumaat. Itu memang trademark kau.
Aku pernah tanya apsal kau selalu buat cuti hari Jumaat eh?
“Senang orang nak pergi solat Jumaat, Bob. Takde kelam kabut nak shooting lah, nak break lah”. Kau mudahkan urusan ramai orang, Pitt. Kau muliakan hari Jumaat.
Sebab tulah Allah sayang kau bro. Semoga Allah tempatkan kau dengan roh-roh yang beriman. Ramai gila kawan-kawan sayang kau.
Apalah makna sayang kami ini
Bagi Beto Kusyairy pula, dia mengakui ‘cemburu’ dengan Pitt kerana mereka yang pernah berkawan dan bekerja di bawah pengarah itu menyayangi tanpa mengira agama dan bangsa.
Aku envy dengan kau Pitt Hanif. Envy sebab semua yang berkawan atau yang pernah bekerja dengan kau tak kira bangsa & agama, semua sayang kau. Kau istimewa Pitt. Sungguh.
Tapi apalah makna sayang kami nak dibanding dengan sayangnya Allah pada kau. MasyaAllah Pitt
Mohd Firdaus Hj Mohd Hanif. Rehatlah kau di sana bang. Moga rohmu dicucuri rahmat & ditempatkan bersama mereka yang beriman.We truly love you & kau pasti akan dirindui. YNWA for life brotha, for life. Buat seluruh ahli keluarga, ibu Fauziah Nawi, Farah Ahmad & anak-anak, my heartfelt condolences to all of you. He will live on in our memories forever.
Thank you for everything abang
Titik tolak Jihan ke Raja Lawak
Sumber: Zahiril Adzim, Jihan Muse, Beto Kusyairy, Sharifah Amani