berita

Selamat Hari Raya Aidilfitri Buat Pembaca OHBULAN!

August 7th, 2013 | by Ai
Kini Trending

Screen Shot 2013-08-06 at 2.26.53 PM

Selepas sebulan berpuasa, kini sudah tiba masanya bagi kita yang beragama Islam menyambut hari perayaan penuh bermakna, Hari Raya Aidilfitri.

Buat para pembaca OHBULAN! sekalian, tak jemu kami sajikan dengan berita hiburan. Dari dalam dan luar persisiran, semuanya kami tulis dan paparkan.

Namun, disebalik semua artikel yang ditulis, diharap tidak ada hati yang terguris. Kami juga insan biasa, tersilap tulis maaf dipinta.

Kepada para pembaca OHBULAN! sekalian, berhati-hati pada yang memandu. Berayalah dengan cermat. Elakkan aktiviti merbahaya seperti bermain mercun dan perhatikan keluarga dan anak anda setiap masa.

Berayalah dengan gembira, jangan sedih-sedih. Untuk pihak kumpulan Driven, saya memohon maaf sekali lagi andai ada salah dan silap. Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri!

Yang Ikhlas,
OHBULAN!

SKIP THIS AD ×