Tahniah diucapkan kepada pasangan selebriti popular, Aeril Zafril dan Wawa Zainal yang telah selamat menimang cahaya mata ketiga mereka, semalam. Pasangan itu sekali lagi dikurniakan anak perempuan dan bayi kecil itu telah diberikan nama sebagai Ayya Soffya bersempena nama Masjid Biru di Istanbul, Turki.
Alhamdulillah
https://www.instagram.com/p/B5hmRpmg9pP/?utm_source=ig_web_copy_link
Berita tentang kelahiran bayi itu turut dibuat oleh pelakon, Aeril Zafril di laman Instagramnya semalam. Dia melahirkan rasa syukur kepada Allah di atas kelahiran anaknya itu dan sempat memberikan bayangan bahawa wajah puterinya itu mirip seperti isterinya.
Sementara itu menerusi Harian Metro, Wawa berkata dia telah melahirkan bayinya yang seberat 2.8 kilogram pada jam 5 petang semalam di Hospital Andorra Women & Children, Seri Kembangan.
Alhamdulillah, terima kasih Allah untuk rezeki ini. Terima kasih juga kepada semua yang mendoakan saya. Saya bersyukur kerana semuanya dipermudahkan. Suami juga ada menemani sepanjang proses bersalin.
Netizen dan rakan artis ucap tahniah
Sementara itu di ruangan komen pada posting yang dibuat Aeril, rata-rata pengikutnya gembira dengan perkhabaran yang dibuat selebriti itu. Tidak ketinggalan, ramai daripada kalangan rakan artis juga turut mengucapkan tahniah di kelahiran bayi perempuan itu yang semestinya bakal menyerikan lagi kehidupan rumah tangga Aeril dan Wawa selepas ini.
Sumber: Instagram Aeril Zafril, Harian Metro