Padah melakukan aksi tidak senonoh di tempat terbuka di sebuah hotel, dua individu bakal berdepan hukuman penjara selepas perbuatan mereka dirakam oleh salah seorang tetamu premis terbabit.
Buat aksi tak senonoh di jakuzi hotel
Memetik laporan Daily Star, pasangan terbabit dipercayai melakukan perbuatan seks di dalam jakuzi terbuka di sebuah hotel di Hong Kong. Difahamkan, kejadian tersebut dipercayai berlaku pada 1 Julai yang lalu dan perbuatan mereka sempat dirakam tetamu hotel berkenaan. Menurut si perakam, dia terlihat aksi tidak senonoh pasangan tersebut ketika dia berdiri di balkoni luar bilik hotelnya.
Saya tidak sangka akan melihat orang melakukan perbuatan ini apabila saya berdiri di balkoni saya.
Susulan daripada itu, peguam di Hong Kong iaitu Albert Luk Wai-hung memaklumkan bahawa melakukan perbuatan seks di tempat terbuka adalah haram dan merupakan satu kesalahan yang boleh membawa kepada hukuman penjara sehingga enam bulan dan dikenakan denda.
Seseorang yang tanpa kebenaran atau alasan yang sah, di mana-mana tempat awam atau orang ramai, mendedahkan mana-mana bahagian tubuhnya secara tidak senonoh, adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh dikenakan denda dan penjara sehingga enam bulan.
Tambahnya lagi, si perakam juga berkemungkinan akan dikenakan hukuman kerana telah melanggar Ordinan Kawalan Perkara Lucah dan Tidak Senonoh. Bagaimanapun, individu terbabit mendakwa dia merakam aksi tersebut kerana mahu membantu penguatkuasaan undang-undang.
Sumber: Daily Star