Gelombang tsunami telah melanda Selat Sunda dan mengakibatkan ratusan rakyat terkorban termasuk anggota band Seventeen. Sehingga ke hari ini, usaha mencari dan menyelamat mangsa masih giat dijalankan pihak berkuasa.
Artikel berkaitan: ‘Kita Sudah Pulang Semobil…’ – Isteri Ifan Seventeen Akhirnya Ditemukan, Namun…
Vokalist Seventeen, Ifan terselamat dari bencana alam itu dan menceritakan detik tragis dibawa ombak tsunami malam tersebut.
Dua jam saya terapung-apung
Secara tidak sedar, ombak tsunami itu menghempas dengan kuat ketika mereka menyampaikan lagu kedua pada malam tersebut. Tiga anggota kumpulan ini dan pengunjung turut dihanyut ke laut deras sehingga gagal menyelamatkan diri masing-masing.
Kami mula persembahan pada pukul 9 malam, kedudukan pentas membelakangi pantai dan kami kurang mendengar bunyi air kerana mungkin bunyi muzik kuat. Saya sendiri terlempar ke tengah laut dan saya dapat melihat kira-kira 20 hingga 30 mayat.
Saya tidak tahu berapa jauh saya hanyut tapi yang pasti selama dua jam saya terapung-apung di laut namun akhrinya berjaya mengapai sebuah kotak untuk berpaut.
Suasana menjadi sepi…
Tambahnya lagi, dia berusaha menjauhkan diri daripada kerumunan orang ramai yang sedang panik sehingga dia berjaya naik ke darat.
Saya berusaha lari daripada kerumunan dan selang beberapa minit suasana menjadi sepi… Ternyata mangsa lain sudah meninggal dunia. Saya sendiri selamat Alhamdulillah, cuma luka-luka.
Sebahagian besar meninggal dunia
Kira-kira 70 peratus tetamu dibawa arus ke daratan dan semuanya selamat. Manakala, Ifan termasuk 30 peratus tetamu yang lain dihanyutkan ke laut dan sebahagian besarnya meninggal dunia dalam tragedi itu.
Ketika sampai ke darat dia terus mencari isteri serta rakannya namun terkejut apabila menemui mayat pemain bass, Bani dan pengurus mereka, Oki Wijaya.
Selang dua hari misi mencari, Ifan mengesahkan isterinya berjaya ditemui tetapi dalam keadaan sudah tidak bernyawa.
Kejadian tsunami yang dihadapi Ifan
Sumber: mStar