berita

SELangkah Berjaya Ubah Rakyat Malaysia Ikut Norma Baharu!

July 21st, 2020 | by Noraniza
Kini Trending

Sekarang ni, nak masuk mana-mana premis perniagaan ataupun pejabat mesti kena QR scan SELangkah kan? Bagi admin, ia merupakan langkah yang sangat bijak untuk memantau pergerakan orang awam bagi mengawal penularan COVID-19.

Artikel Berkaitan:Kenali Dr Helmi, Pencetus Idea SELangkah Yang Dibangunkan Cuma Dalam Satu Malam!

Tapi, adakah ianya praktikal untuk dijadikan sebagai norma baharu? Ikuti penjelasan lanjut daripada Dr. Helmi.

Semasa wabak Covid19 mula tersebar ke Malaysia, Dr. Helmi Zakaria dilantik untuk mengetuai portfolio Digital Epidemiology and Analytics untuk membantu Pasukan Petugas Khas COVID-19 Negeri Selangor iaitu negeri yang mempunyi kepadatan paling tinggi di Malaysia. 

Beliau telah telah melancarkan 2 platform iaitu ACURA – platform analisis peringkat risiko populasi dan lokasi untuk Covid19 dan juga SELangkah – platform pengesanan digital yang memanfaatkan teknologi kod QR ringkas.

Bercerita lanjut mengenai SELangkah ( Langkah masuk dengan selamat), ia dilihat mendapat sambutan memberangsangkan daripada pengguna. Sehingga kini, kira-kira 6.1 juta dalam Selangor telah mendaftar SELangkah, sekaligus mengenalpasti 227 pesakit COVID-19.

“Kami memutuskan untuk membuat sistem log digital yang mudah menggunakan teknologi QR. Singkatnya, jika anda memasukkan kod QR di kedai anda, ketika pengunjung melangkah masuk, mereka mengimbasnya dan dengan berbuat demikian mereka meninggalkan nombor telefon mereka di sana.

Tiada maklumat sensitif yang lain. Sekiranya kita mengetahui seseorang di kedai itu dijangkiti kemudian, petugas kesihatan dapat menggunakan data dan mengesan semua pengunjung di kedai berdasarkan cap waktu mereka.”

Dr. Helmi turut menyatakan bahawa teknologi ini sama sekali tidak sempurna- tetapi inilah tindakan yang betul di mana kita tidak membiarkan kesempurnaan menghalang inovasi yang cukup baik.

Antara perkara yang boleh dipelajari daripada pandemik COVID-19 ialah inovasi digital dalam perkhidmatan penjagaan kesihatan mesti sentiasa berfokus kepada individual, bermaksud penyedia dan pelanggan.

Apabila perkhidmatan atau pilihan digital ditawarkan kepada masyarakat untuk diterima pakai semasa pandemik ini – berlaku penyerapan yang cepat. Ini bermakna masyarakat adalah perkara yang sering kita tinggalkan dalam naratif dan perbincangan pembangunan.

Jejak kontak QR misalnya tidak dirancang dari perspektif Contact Tracing semata-mata untuk pekerja penjagaan kesihatan, tetapi juga dari keperluan perniagaan untuk terus beroperasi dengan selamat semasa musim wabak.

“Oleh itu, pemerintah boleh menentukan dasar, tetapi “norma baharu” akan ditentukan oleh rakyat dan keperluan mereka. Maksudnya, teknologi ini boleh menjadi norma baharu jika ia melibatkan norma lain.

Sekiranya penjejakan kenalan digital adalah keadaan yang membolehkan ekonomi dimulakan semula, kedai dibuka, dan anak-anak kembali ke sekolah – maka saya rasa ya, masyarakat akan berunding dan mengambil ini sebagai pertukaran normal kita setiap hari.”

Untuk maklumat lanjut mengenai SELangkah, sila layari laman sesawang ini.

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×