berita

Selebriti Bergelar Datin Tipu Agensi Pelancongan

December 9th, 2014 | by Ai
Isu & Kontroversi

bigstock-Woman-Silhouette-Waiting-For-S-5824100

Pelik-pelik je ragam segelintir selebriti sekarang ni. Bermasam muka dengan wartawanlah, bertekak dengan pereka fesyenlah, yang terbaru, menipu agensi perlancongan.

Kami bukan apa, terkedu dan terpaku tatkala membaca coretan Harian Metro mengenai seorang selebriti yang didakwa memberi beg tangan tiruan untuk menjelaskan baki bayaran pakej percutian yang digunakan.

Malah, dia dikatakan turut mengugut kakitangan agensi pelancongan berkenaan. Aiiyoo, apa nak jadi ni?

x

Sumber Foto : Harian Metro

Okay! Ceritanya begini, selebriti ini bersama keluarganya telah menggunakan pakej pelancongan agensi tersebut untuk melancong ke luar negara awal November lalu.

Namun, sebelum melancong, selebriti ini hadir dan berjumpa dengan kakitangan dengan membawa dua buah beg tangan berjenama (didakwa tulen) untuk dijual dengan harga RM6000.

Setelah ditolak, selebriti berkenaan meminta kakitangan tersebut menyimpan beg berkenaan di pejabat. Sekembalinya selebriti ini dari percutian, pihak agensi pun memintanya menjelaskan baki bayaran.

Screen Shot 2014-12-09 at 11.25.59 AM

Tetapi, selebriti tersebut meminta kakitangan berkenaan menolak baki hutang itu dengan mengambil sebuah beg tangan berjenama yang didakwa tulen itu.

Lebih teruk, kakitangan itu memaklumkan selebriti ini turut mengugut untuk membakar pejabat mereka selepas dia gagal mendapatkan semula beg tangan tiruan berjenama itu.

Hmm, yang kami peliknya, jika dah bergelar datin, mesti bukan calang-calang orangnya kan? Takkanlah tak mampu jelaskan hutang tertunggak?

SKIP THIS AD ×