berita

Selebriti Muat Naik Gambar Dengan Objek Berbentuk Bola Merah. Apa Ni?

May 7th, 2014 | by Ai
Lensa Insta

livelifeloud

Pagi tadi, secara tak sedar, kelihatan beberapa orang selebriti tempatan telah memuat naik sekeping gambar mereka dengan masing-masing memegang atau mempunyai satu objek identikal iaitu bola atau pun bentuk bulat merah.

Kami menjadi lebih tertanya-tanya apabila bukan sahaja Fara Fauzana dan Zizan Razak saja yang memegang bola berwarna merah, malah selebriti fesyen Wak Doyok dan juga pemenang Asia’s Next Top Model (ANTM) iaitu Sheena Liam turut memegang sebuah plak yang mempunyai bentuk yang sama.

Menariknya, satu lagi persamaan antara mereka semua ialah status yang ditulis pada foto yang dimuat naik mempunyai hashtag #LiveLifeLoud.

Jika dilihat pada Instagram Tiz Zaqyah, pelakon yang semakin jarang disebut ini turut memuat naik fotonya dengan objek berbentuk bola merah. Lebih menimbulkan tanda tanya ialah status yang ditulis oleh Tiz menunjukkan pelakon ini kini sedang hidup bahagia. Wahhh.

Gosip Artis-Ohbulan-6

Screen Shot 2014-05-06 at 2.21.54 PM

Pengacara dan juga DJ radio Fara Fauzana  juga tidak ketinggalan apabila memuatnaik gambarnya dengan bola berwarna merah. Dia yang terkenal dengan telatah lucunya telah menulis status mengatakan dia memang suka dan cinta pada muzik.

Tapi, tahukah anda muzik jenis apa yang Fafau suka?

Gosip Artis-Ohbulan-5

Screen Shot 2014-05-06 at 2.22.18 PM

Dan ya, anda masih ingat Sheena Liam? Juara bagi Asia’s Next Top Model baru-baru ini? Haaaa! Model eksotik ini pun turut muat naik foto yang hampir sama.

Gosip Artis-Ohbulan-4

Screen Shot 2014-05-06 at 2.22.06 PM

Wow! Apa sebenarnya yang berlaku ni? Ada sesiapa diluar sana yang tahu? Apa yang kami nampak hanyalah hashtag #LiveLifeLoud. Hurmm.

Tapi takpe, lepas ini kami pun nak upload gambar dengan objek bulat merah juga la!

Sumber : Instagram Sheena Liam, Wak Doyok, Fara Fauzana, Zizan Razak, Tiz Zaqyah,

SKIP THIS AD ×