berita

Selebriti Wanita Senior Pakai Baju Corak Bikini, PU Syed Bimbang Jadi Ikutan – ‘Ianya Telah Membawa Fitnah’

December 11th, 2023 | by Alia
Kini Trending

pu syed

Penceramah bebas, PU Syed tampil menegur tindakan tiga orang selebriti senior yang mengayakan baju t-shirt bercorak pakaian dalam.

Artikel Berkaitan: PU Syed Tegur Dolla Lagi, Pakai Baju Mencolok Mata – ‘Dua Daripada Empat Ahli Kumpulan Ini Adalah Muslim’

Artikel Berkaitan: ‘Pesta Seks Bakal Dianjurkan!’ – PU Syed Mohon Pihak Berwajib Ambil Tindakan

Contoh yang tak baik

Menerusi hantaran di TikTok, Pu Syed atau nama sebenarnya Syed Mohd Bakri Syed Ishak menegaskan bahawa pemakaian seperti itu boleh mengundang fitnah walaupun ianya hanyalah corak dan bukan pakaian sebenar.

PU Syed juga berpendapat bahawa baju tersebut tidak sesuai untuk dipakai dan dipertontonkan kepada umum sehingga menarik perhatian.

Jadilah seorang artis yang cakna pada dosa dan pahala. Bila dua tiga orang pelakon wanita senior memakai baju yang bermotifkan pakaian dalam atau bikini sambil berjoget, ini satu contoh yang tak betul kepada peminat-peminat mereka.

Walaupun bukan memakai pakaian dalam yang sebenar, tetapi dengan memakai baju yang bergambar pakaian dalam tersebut ianya telah membawa kepada fitnah kepada yang memakainya, apatah lagi jika pemakaiannya itu dipertontonkan kepada masyarakat walaupun sekadar content.

Boleh sahaja kalian nak pakai baju yang bergambar sebegitu atau memang nak pakai pakaian sebenar, tetapi hanya untuk suami kalian, bahkan untuk suami kalian, tak pakai apa pun adalah halal bagi mereka!

Gusar ianya menjadi ikutan, pendakwah bebas ini menitipkan nasihat agar setiap selebriti bertanggungjawab dan lebih peka terhadap pemakaian mereka.

Ingatan saya buat semua pengggiat seni dalam tanah air ini, jangan campur adukkan yang halal, haram dan syubhah dalam kehidupan kita..apatah lagi kalian boleh menjadi daya penarik terhadap peminat-peminat kalian dan saya risau ianya akan menjadi contoh dan ikutan yang tidak baik.

Kaedah fiqh menyebut:

“Setiap perkara yang membawa kepada perkara yang haram maka adalah haram (hukumnya).”

Berdasarkan kaedah ini maka membantu dalam perkara yang diharamkan oleh Allah adalah dikira sebagai berdosa. lanya dikuatkan lagi dengan firman Allah:

‘Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan.’

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menyokong tindakan PU Syed yang bersuara tentang isu tersebut selain turut menzahirkan perasaan kurang senang dengan baju yang digayakan oleh artis-artis berkenaan.

Sumber: TikTok PU Syed

SKIP THIS AD ×