Perasan tak, kalau seseorang itu dilahirkan dalam keluarga selebriti, pasti bakal terken tempias populariti ibu atau bapa mereka. Hmm, nak buat macam mana kan, dah nama pun anak artis. Hehe.
Tapi, tak semua selebriti yang nak tonjolkan anak-anak mereka pada masyarakat. Apatah lagi membenarkan anak-anak menceburi bidang yang sama.
Namun, tak dapat dinafikan, ada sesetengah artis yang selesa apabila anak-anak mereka menjadi ‘selebriti cilik’ walaupun masih kecil dan tak tahu apa-apa.
Haaa, entri kali ni, kami nak berikan kepada anda senarai selebriti Malaysia dan Hollywood yang tak kisah anak mereka diberikan publisiti.
Tetapi, kami hanya senaraikan yang mana kami rasa paling popular je tau. Panjang-panjang nanti tak larat pula korang nak baca.
Yang pertama, hmm ini kes unik sikit. Masih belum lahir, ibunya dah kata tak kisah jika ada pihak yang ingin menawarkan anak mereka nanti terlibat dalam pengiklanan.
Siapa lagi kalau bukan hot mama, Rozita Che Wan. Pengakuan ini dibuat sendiri oleh Che Ta tau! Tak percaya? Baca ni :
Saya dan Zain tidak mempunyai masalah jika ada pihak yang ingin menawarkan anak kami terlibat dalam pengiklanan atau apa-apa yang berkaitan bidang seni. Kerana itu adalah rezeki buat anak. Tetapi terpulanglah, saya pun tidak boleh nak mengagak adakah bakal anak saya ini sejenis yang mesra kamera atau tidak. – mStar Online
Bukan Che Ta sorang je tau, pasangan selebriti paling sweet, Scha Alyahya dan Awal Ashaari pun khabarnya tak mahu menyekat rezeki anak mereka iaitu Lara Alana.
Kata Awal, buat masa ini dia sedang mempertimbangkan tawaran yang datang. Cewah!! Dah ada tawaran ke. Untunglah Lara, kecil-kecil dah jadi retis. Hehe.
Saya akui memang sejak isteri saya Scha mengandung lagi sudah dapat tawaran dan ada yang merisik untuk menjadikan bayi kami sebagai model produk mereka. Saya tidak ada masalah atau menghalang rezeki yang dia dapat biarpun masih kecil, tapi biarlah ianya bersesuaian dengan usianya seperti barangan bayi. Buat masa ini saya sedang mempertimbangkan tawaran yang datang. – mStar Online
Kalau di Malaysia kita ada Che Ta dan Schawal, di Hollywood, lagi grand uols anak-anak selebriti ni. Siap ada yang dah jadi model jenama terkenal lagi.
Nak tahu siapa yang mengungguli tangga teratas? Dah tentulah anak pemain bola sepak terkenal, David Beckham dan Victoria iaitu Harper Seven Beckham.
Dek kerana mempunyai ibu yang juga pereka fesyen, Haper kini dah jadi centre of attraction tau. Kalau nak tahu, Harper pun selalu didandani dengan baju-baju dari jenama ternama milik Victoria. Wah, untung sangat kan! – Dunia Sejuta Warna
Seterusnya, anak pelakon kacak Tom Cruise dan Katie Holmes. Hmm, ni memang kaki melaram. Menurut laporan E! Online, Tom tidak kisah jika anaknya mahu mengikut jejak langkahnya dan bekas isteri, Katy Holmes untuk menjadi seorang pelakon.
Semua anak-anak saya dibenarkan berlakon. Saya cuba mencari dan memahami apa yang mereka suka dan berusaha untuk memberikan apa yang mereka ingini. Tak perlu ada tekanan kerana saya beruntung kerana melakukan pekerjaan yang saya suka. Dan saya akan lakukan hal sama untuk anak-anak, iaitu membiarkan mereka melakukan kerja-kerja yang mereka minati – E! Online
So, macam mana? Sebenarnya, banyak lagi tau selebriti yang tak kisah anak mereka pun turut sama meraih populariti. Kalau nak tulis satu-satu memang tak menang tangan.
Apa kata kita bincang anak selebriti mana lagi yang semakin popular. Lagi popular daripada ibu bapa mereka pon okay gak. Jom kita bincang!