berita

Selena Gomez Bakal Hiburkan Peminat Di Malaysia

November 19th, 2013 | by Ai
Kini Trending

Selena gomez

Berita mengenai bintang Disney, Selena Gomez yang akan turun ke Malaysia pada tahun hadapan baru sahaja diumumkan beberapa jam yang lepas.

Namun begitu, para peminat di negara ini nampaknya sudah tidak sabar untuk melihat penyanyi yang kini popular dengan lagu Slow Down untuk membuat persembahan secara langsung di hadapan mereka.

Untuk pengetahuan anda, Selena Gomez akan menghiburkan ribuan peminat di Stadium Negara, Kuala Lumpur pada 26 Januari 2014 bersempena dengan konsert jelajah Stars Dance Tour.

1452062_541212189295796_472393851_n

Konsert ini diadakan bertujuan untuk mempromosikan album debut solonya berjudul Stars Dance yang telahpun dilancarkan pada bulan Ogos 2013.

Penjualan tiket masih belum dibuka buat masa ini, namun anda digalakkan untuk mendapatkan maklumat lanjut dan mengikuti segala perkembangan terkini mengenai konsert ini di laman Facebook penganjurnya, We Love Asia.

Apapun, jom tengok dulu muzik video Slow Down oleh Selena Gomez di bawah ini. Semoga terhibur!

SKIP THIS AD ×