Selepas sedekad, Live Nation Malaysia dan iME Malaysia teruja mengumumkan ‘Queen of Kpop’ iaitu kumpulan 2NE1 bakal kembali dengan sebuah konsert di negara ini.
Artikel Berkaitan: CNBLUE Akhiri Jelajah 2024 ‘CNBLUE Live In Asia – VOYAGE Into X Malaysia’ Dengan Ribuan Boice
Artikel Berkaitan: G-Dragon Terharu Dilantik Sebagai Profesor Selama 2 Tahun, Mengajar Subjek Kepimpinan
2NE1 Asia Tour
Empat ahli 2NE1 iaitu CL, Bom, Dara dan Minzy sudah tidak sabar untuk menggegarkan pentas ‘2024-2025 Asia Tour’ di Malaysia pada 1 Februari hadapan bertempat di Stadium Hoki National bermula jam 8 malam.
Para peminat bakal menyaksikan persembahan bertenaga kumpulan itu yang ketika ini baru sahaja selesai menghiburkan peminat mereka di beberapa buah negara Asia seperti Singapura, Hong Kong, Filipina dan Indonesia.
Kumpulan terkenal itu memulakan karier mereka pada tahun 2009 dan antara lagu-lagu hits yang mendapat perhatian pendengar adalah, ‘I Don’t Care’, ‘Can’t Nobody’, ‘Go Away’, ‘Lonely’, ‘I’m The Best’, ‘Falling In Love’, ‘Missing You’, dan ‘Come Back Home’.
Sebagai perintis kepada kumpulan wanita, 2NE1 pernah menjadi artis Kpop pertama yang berjaya menembusi carta Billboard 200 di Amerika Syarikat menerusi album kedua mereka, ‘Crush’.
Dapatkan tiket segera
Jangan lepaskan peluang anda untuk merasai pengalaman menyaksikan nyanyian bertenaga dan penuh aksi dari 2NE1.
Bagi ahli Live Nation, anda boleh mendapatkan tiket menerusi pra-jualan pada 16 Disember 2024 manakala tiket untuk orang ramai akan mula dijual pada 17 Disember dari jam 11 pagi melalui www.golive-asia.com.
Imbas kembali, kali terakhir 2NE1 membuat persembahan di Malaysia adalah pada tahun 2014 ketika jelajah ‘All or Nothing World Tour’.