berita

Selepas 11 Tahun Berjuang, Elyana Kongsi Berita Gembira – ‘Kanser Saya Hilang!’

December 8th, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Selepas lebih sedekad berjuang melawan kanser limfoma tahap empat, penyanyi dan pelakon iaitu Elyana atau nama sebenarnya Erneelya Elyana Emrizal berkongsi berita gembira memaklumkan dia kini sudah bebas daripada penyakit tersebut.

Artikel Berkaitan: Jangan Kongsi Kisah Pesakit Kanser Yang Tewas, Elyana Mohon Netizen Faham Keadaannya – ‘Saya Sedang Bertarung’

Artikel Berkaitan: ‘Lebih Sebulan Tahan Sakit Sampai Tak Tidur, Akhirnya Saya Mengalah’ – Elyana

Artikel Berkaitan: ‘Kami Tak Best Kalau Tak Ada Awak, Sebab Tu Bonda Selalu Doa Biar Bonda Pergi Dulu’ – Elyana

Penantian 11 tahun berhasil

Menerusi perkongsian Elyana di Instagram, dia memuat naik sekeping foto serta video hasil imbasan badannya bersama doktor dan di ruangan kapsyen, ibu kepada dua cahaya mata itu meluahkan rasa syukur kehadrat Ilahi kerana memakbulkan doanya selama ini. Sementara itu, Elyana mengakui gembira kerana perjuangan serta penantiannya selama 11 tahun melawan penyakit kansernya itu akhirnya berhasil.

Perjuangan dan penantian selama 11 tahun saya berhasil! Kanser saya hilang! Alhamdulillah Ya Allah. Terima Kasih Ya Allah. Kau telah mendengar doa kami. Tak dapat saya gambarkan perasaan gembira ini. Terlalu lama tak dapat gambarkan ada tubuh badan yang sihat. I love you Allah.

Perkongsian tersebut telah mendapat pelbagai respon daripada para peminat dan rakan artis yang tidak henti-henti mengucapkan alhamdulillah atas perkembangan positif itu.

Terdahulu, sekitar tahun 2017, Elyana membuat pendedahan dirinya menghidap penyakit kanser limfoma tahap empat. Sepanjang tempoh tersebut, Elyana dikatakan sudah menjalani beberapa rawatan kimoterapi dan sesi radioterapi. Meskipun begitu, penyanyi lagu Kalis Rindu itu tidak berputus asa dan tetap kuat melawan penyakitnya. Namun siapa sangka, berkat doa dan sokongan orang ramai, Elyana kini sudah kembali sihat dan bebas daripada penyakit kanser.

Perkongsian di Instagram

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Elyana Emrizal (@elyanaofficial1)

Sumber: Elyana Emrizal

SKIP THIS AD ×