Selepas 16 minggu meninggalkan anak-anak dan isteri, jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang akhirnya pulang semula ke Australia.
Artikel berkaitan: [VIDEO] Sujud Syukur Bakal Timang Anak Ketiga, Azizulhasni Menangis Rindu Keluarga
Artikel berkaitan: Sempat Singgah Rumah TokTi Sebelum Pulang Ke Australia, Azizulhasni Terkejut Tengok Koleksi Basikal
Tak sabar nak jumpa keluarga
Menerusi sebuah posting di Instagram, Azizulhasni mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia kerana sentiasa menyokongnya. Tambah beliau, semua kenangan manis sepanjang 16 minggu di Malaysia akan dijadikan sebagai memori terindah. Manakala, yang pahit pula akan dijadikan sebagai pengajaran.
Syukur Alhamdulillah. Selepas 16 minggu meninggalkan anak-anak dan isteri, akhirnya sirih pulang ke gagang. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih semua dan saya sangat bersyukur kerana pelbagai pengalaman pahit dan manis yang saya dapati sepanjang berada di tanah air. Yang manis itu akan saya jadikan memori terindah dan yang pahit pula sudah tentu dijadikan sebagai pengajaran. At the end of the day, there are always two sides to every story and no one is perfect, so judge less and love more.
Di samping itu, Azizul turut memberitahu bahawa dia tidak sabar untuk menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami. Jelas Azizul, beliau mahu membantu proses kehamilan isteri dan menunaikan tanggungjawab sebagai ‘professional baby sitter’.
Saya sayang semua
Sekali lagi saya ingin memohon maaf jika ada salah dan silap dari saya hamba Allah manusia biasa ni dan jika saya boleh kongsikan rumusan untuk perjalanan saya selama 16 minggu ini adalah sesuatu kejayaan itu datangnya dengan sebuah pengorbanan. Stay safe, Stay Healthy and Stay Positive (mindset bukan covid19 ye) and i love you all.
Di akhir posting, Azizulhasni memberitahu bahawa kejayaan yang diperoleh datangnya dengan sebuah pengorbanan. Terdahulu, Azizulhasni meluahkan rasa rindu yang teramat terhadap keluarganya di Australia. Lebih tersentuh, Azizul mengetahui berita kehamilan isterinya selepas memenangi tempat kedua dalam temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020. Pada masa yang sama, Azizul bersyukur kerana dapat berjumpa ahli keluarganya di Terengganu dan beberapa orang rakan ketika pulang ke Malaysia.
Sumber: Azizulhasni Awang