Sebelum ini, pelakon Faye Kusairi pernah berkongsikan video dirinya mengalami masalah saraf iaitu Bell’s Palsy yang menyerang bahagian muka di sebelah kanan. Dia mengalami serangan Bell’s Palsy itu sejak sebulan yang lalu ketika menggosok gigi dan merasakan otot di bahagian muka kejung.
Terbaru, dia berkongsikan berita gembira mengenai kesembuhan daripada penyakit itu di laman Instagram. Dia juga memaklumkan jenis ubat-ubatan yang diambilnya atas saranan doktor.
Bercakap masih senget
View this post on Instagram
Video ini telah dikongsi Faye Kusairi sejak sebulan yang lalu ketika di peringkat awal dia terkena serangan Bell’s Palsy itu. Dia bagaimanapun telah berjumpa dengan doktor dan mendapatkan rawatan susulan. Malah, dia menasihati orang ramai yang mempunyai penyakit ini untuk terus kuat dan kekal positif.
Alhamdulillah…
View this post on Instagram
Terbaru, Faye Kusairi berkongsikan video dan meluahkan rasa syukur selepas beberapa minggu dia sudah pulih daripada serangan Bell’s Pastry. Dia juga mengambil kesempatan berterima kasih kepada pengikutnya yang mendoakan kesembuhan.
Alhamdulillah… A good total of 4 weeks suffered from Bell’s Palsy and now dah sihat sepenuhnya! Apa yang saya praktik adalah ubat dan vitaman B12, fisio dan rawatan totok wajah secara consistent.
Sumber: Faye Kusairi