Sebelum ini, anak Presiden Umno, Nurul Hidayah Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi didenda RM800 setelah disabitkan kesalahan melanggar perintah kawalan pergerakan (PKP). Turut terkena tempias, Menteri Agama, Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri turut dilaporkan atas kesalahan sama.
Polis sahkan terima laporan
Menurut Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan kepada Berita Harian, pihaknya mengesahkan sehingga kini dua laporan polis ke atas Dr Zulkifli diterima dan siasatan awal sedang dijalankan.
Kita sudah rakam keterangan pengadu, manakala keterangan pihak lain akan diambil selepas mendapat arahan lanjut Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor.
Laporan polis dimuat naik di Facebook
Sebelum ini viral di laman sosial satu laporan polis terhadap Dr Zulkifli itu oleh seorang individu yang mendakwa membaca page Facebook akaun Dr Zulkifli Al-Bakri memuat naik pelbagai aktiviti dilakukan sejak dilantik menjadi Menteri Agama.
Dalam laporan yang dipadam butiran pengadu itu, Dr Zulkifli didakwa menyampaikan surat pertukaran kepada pegawai kanan Jakim pada 31 Mac. Pada 13 April pula, bekas mufti itu turut memanggil Datuk Dr Fathul Bari bermesyuarat dan bergambar tanpa penjarakan sosial dan banyak lagi.
Sumber: Berita Harian, Harian Metro