Nama anak kepada pasangan selebirti Norman Hakim dan Abby Abadi iaitu Marissa Dania terus menjadi sorotan selepas dia dikatakan sudah bernikah dengan Ahmad Aslam.
Artikel Berkaitan: Madu Marissa Dania Dalam Keaadan Baik, Baca Semua Kata-Kata Semangat Yang Dihantar Netizen
Artikel Berkaitan: ‘Lawan Semua Dengan Doa’ – Abby Abadi
Followers bertambah
Susulan tularnya berita perkahwinan tersebut, netizen mula berkampung di Instagram Marissa sejak Rabu lalu.
Malah, netizen turut menyerang gadis berusia 19 tahun itu dengan meninggalkan komen berbentuk luahan rasa marah di ruangan balas pada hantaran yang pernah dimuat naiknya sebelum ini. Marissa kemudian terpaksa menutup ruangan komen.
Pun begitu, meski teruk dihambat dengan kritikan dan tomahan, pengikut di Instagram Marissa tidak berkurang, sebaliknya bertambah.
Menerusi tinjauan OhBulan! sebelum ini, pengikut Marissa hanya seramai 563,000 orang, kemudian bertambah seramai 13,000 selepas berita pernikahanya tular.
Sejak Rabu lalu, kecoh di media sosial apabila Marissa Dania dikatakan sudah bernikah dengan Ahmad Aslam di Songkhla, Thailand pada 27 Disember lalu.
Sementara itu, kakak ipar kepada Aslam iaitu Nadiah Mazlan ketika dihubungi OhBulan! mengesahkan berita perkahwinan tersebut.
Bagaimanapun, Norman dan Abby terus mengunci mulut sehingga ke hari ini berhubung isu tersebut.
Malah usaha OhBulan! untuk mendapatkan kenyataan dua selebriti itu juga tidak berjaya apabila mereka tidak membalas pesanan mesej ringkas yang dikirimkan.
Terdahulu, Marissa didakwa menjadi punca keretakan rumah tangga Aslam dengan isteri pertamanya, Misya Mazlan sehingga pasangan itu hampir bercerai.
Namun, Aslam dan Misya mengambil keputusan untuk rujuk semula selepas kontroversi itu reda.
Pada November tahun lalu, Misya yang juga ibu kepada dua cahaya mata tampil membongkar dakwaan kisah kecurangan suaminya dengan model muslimah berumur 19 tahun itu.
Sumber: Instagram