Belum reda dengan wabak coronavirus, kini, wilayah di selatan Hunan di China dilaporkan pula dengan wabak H5N1. Kes virus ini melibatkan 7850 ekor ayam dan 4500 telah mati akibat selesema burung.
17828 ayam dimusnahkan
Memetik laporan CNN, pengumuman itu telah dibuat oleh Kementerian Pertanian dan Hal Ehwal Luar Negeri pada 1 Februari 2020.
Bagaimanapun, pihak berkuasa telah memusnahkan 17828 ekor ayam ekoran daripada wabak itu.
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), virus H5N1 berpotensi tersebar juga kepada manusia yang berada di persekitaran tercemar.
Virus ini tidak menjangkiti manusia dengan mudah, dan penyebaran dari manusia ke manusia adalah tidak biasa. Tidak ada bukti bahawa penyakit ini dapat disebarkan kepada orang melalui makanan yang disiapkan dengan baik dan teliti.
Wabak terbaru
Chinese officials announced an outbreak of a highly pathogenic strain of H5N1 bird flu at a farm in Hunan. The virus was discovered on a farm with nearly 8,000 chickens. More than half of them have already died https://t.co/c5wWMX6jhW pic.twitter.com/8H7Dji871t
— Reuters (@Reuters) February 2, 2020
Wabak terbaru ini datang ketika China sedang bergelut dengan coronavirus yang telah merebak ke seluruh dunia yang dipercayai bermula dari Wuhan. Virus berkenaan telah membunuh lebih daripada 300 orang di China dan lebih daripada 14 ribu kes disahkan di negara tersebut.
Sumber: CNN, Business Insider