berita

Selepas Fatin Afeefa & Wafariena, Giliran ‘Lelaki Di Telefon’ Bakal Gegarkan Vokal Mania

November 27th, 2020 | by Ben Farid
Kini Trending

Sudah bersiaran selama 4 minggu, program berformat baru Vokal Mania semakin menjadi bualan netizen. Tampil dengan idea yang lebih segar dan mencabar, peserta Vokal Mania juga bukan biasa-biasa.

Pelbagai persembahan dari peserta yang digelar sebagai rookies telah berjaya mendapat perhatian netizen. Antara persembahan rookies yang mendapat tempat dihati peminat ialah Fatin Afeefa di minggu ke-4 yang dikatakan sangat merdu, selain persembahan dari Nuha Bahrin dan Aufahanie yang dikatakan tidak layak bertanding.

Dapat 1.1 M views

Nama yang sudah sinonim dengan industri hiburan negara, Fatin Afeefa kali ini berjaya membuktikan bahawa dia bukanlah sekadar pelakon, malah juga layak bergelar penyanyi. Antara yang paling mendapat perhatian penonton ialah persembahan ‘battle’ bersama Tomok.

Ini dibuktikan apabila video persembahan mereka telah mencecah 1.1m views dilaman Youtube. Mereka yang dikatakan serasi bersama itu juga telah tampil membuat cover studio mereka sendiri.

Selain itu, antara yang disebut-sebut ialah persembahan Nuha Bahrin yang dikatakan ‘over’ sehinggakan terkucil ketika live. Perkara itu telah membuatkan segelintir netizen mengecam cara nyanyiannya itu. Perkara sama juga telah berlaku kepada salah seorang lagi rookie iaitu Aufahanie.

Lagi selebriti jadi rookie

Masuk minggu ke-5, Vokal Mania kali ini juga menampilkan seorang lagi selebriti yang dikenali sejak kecil iaitu Afieq Shazwan. Bernaung dibawah syarikat rakaman FMC Music, dia sudah mempunyai beberapa single sendiri seperti Seandainya, Darjat dan Lelaki Di Telefon. Berjaya sebagai penyanyi, lagu Lelaki Di Telefon miliknya itu berjaya mendapat 7.7m views di laman Youtube.

Sama seperti karier Fatin Afeefa, Afieq Shazwan juga dikenali sebagai seorang pelakon. Dia yang memulakan karier sebagai penyanyi di usia 11 tahun telah menyertai beberapa pertandingan nyanyian seperti Idola Kecil, Mystarz Oolala dan Big Stage. Afieq juga membintangi pelbagai drama TV dan bakat lakonannya terserlah ketika membawa watak sebagai Tun Mahathir kecil untuk Muzikal Tun Mahathir. Perkara ini juga membuatkan ramai tidak sabar untuk melihat bagaimana persembahannya di atas pentas.

Antara rookies lain yang bakal bertanding pada minggu ini ialah Yuveena, Zareef Sein dan Hariz Danial. Jangan lupa untuk mengundi rookies kegemaran anda bagi merebut Rookie Star Award! Bagi yang tidak sabar untuk melihat persembahan pada minggu ini jangan lupa saksikan Vokal Mania, setiap Sabtu jam 9 malam hanya di TV3, Youtube TV3 Malaysia dan Tonton Xtra!

×