berita

Selepas Gangnam Style, Kini ‘Harlem Shake’ Pula Jadi Ikutan?

February 14th, 2013 | by Ai
Hollywood

Screen Shot 2013-02-14 at 2.52.44 PM

Tak perlulah kami huraikan lagi mengenai ‘Gangnam Style’. Satu dunia sudah tahu bagaimana tarian ini telah mencipta fenomena. Baru-baru ini pun, pencipta tarian ini, Psy telah membuat persembahan di Pulau Pinang.

Namun, timbul satu lagi tarian yang dipanggil ‘Harlem Shake’. Ia dikatakan telah mencipta satu lagi fenomena dan pelbagai versi tarian ini telah dimuat-naik ke laman Youtube.

Menurut Wanista, tarian ini berasal dari sebuah kawasan bernama Harlem di New York dan pernah dipopularkan sekitar tahun 80an. Nama Harlem Shake kemudian digunakan sebagai tajuk bagi lagu eletronik yang dihasilkan oleh Baauer. Video viral pertama tarian ini telah dimuat naik pada 30 Januari lepas dimana sekumpulan lelaki memakai topeng dan baju latex menari tarian Harlem Shake. Tarian ini hanya memerlukan anda menggoyangkan bahu, pinggang dan tangan anda dengan pantas.

Mahu tahu bagaimana? Mari tonton video lepas ini.

SKIP THIS AD ×