berita

Selepas Jelajah Jerman, Pemuda Ini Balik Ke Melaka Dari Bangkok Dengan Kayuh Basikal

August 27th, 2019 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Berbekalkan semangat yang tinggi dan sikap tidak mudah berputus asa, seorang pemuda sanggup berbasikal dari Bangkok, Thailand untuk pulang ke Melaka. Bukan itu saja, yang lebih menarik perhatian, dia telah 3 bulan berbasikal di seluruh negara Jerman.

Kisah kecekalan pemuda ini dikongsikan melalui Facebook Sham Hussain yang kebetulan bertemu dengan pemuda ini yang singgah makan dan membeli air di kedainya. Banyak pengajaran yang boleh didapati melalui kisah pemuda ini.

Kayuh balik Melaka dari Bangkok

Ini kawan baru, nama dia Chap. Just Chap. Tak pula aku tanya nama penuh dia. Hehe. Nak tau dia dari mana?

Baca kisah dia kat bawah. Terkejut juga aku masa dia cerita.

Chap berasal dari Melaka. Umur 24 tahun, masih single. Lelaki ok, bukan perempuan. Dia singgah minum ayaq nyoq tadi, dalam perjalanan (kayuh basikal) balik ke Melaka, dari Bangkok!

Ya dari Bangkok, Thailand. Sorang diri. Hebat bukan? Belum cukup hebat. Apa yang lagi hebat?

Sebenarnya dia berkayuh dari Bangkok ke Melaka, perjalanan pulang selepas 3 bulan berkayuh dengan menggunakan basikal yang sama (dalam gambar) di German. Apa, German? Ya German.

Dia berkayuh dari Bangkok sampai ke kedai ayaq nyoq tadi tu dah lebih seminggu. Sebab dia hanya kayuh basikal waktu siang sahaja. Malam dia rehat.

Kebetulan dia singgah di kedai tadi aku baru sudah makan laksa. Aku pun ajak la dia sembang. Dia cerita, dah 3 tahun dia plan dan simpan duit nak travel kayuh basikal di German ni. Dia kerja cafe biasa je di Melaka, duit gaji dia simpan sebab nak buat benda ni. Fuhh, memang hebat anak muda ni, berani dan semangat.

Berkawan dengan orang Jerman

Sepanjang bekerja di cafe tu, dia banyak berkawan dengan tourist yang datang ke cafe tu. Dan kebanyakan orang German. Dari situ la dia berkawan dengan orang German. Jadi masa dia travel ke German tu, dia jumpa balik kawan-kawan yang dia kenal di cafe tu. Dia cakap, orang German memang baik-baik. Ada yang bagi dia tumpang bermalam masa dia kat sana.

Dia cakap, banyak sangat benda dia belajar sepanjang berada di German selama 3 bulan tu. Lepas habis travel satu German, dia pun nak balik semula ke Malaysia. Tapi tiket ke Kuala Lumpur mahal sangat. Tiket ke Singapore pun agak mahal. Tiket ke Bangkok saja yang agak murah (sekali tiket kargo – basikal). Sebab tu dia pilih turun di Bangkok dan berkayuh dari Bangkok ke Melaka, Malaysia.

Kecil saja orangnya, tapi dia punya semangat sangat besar. Aku memang respect habis kat ‘adik’ ni (ye la, 20 tahun kot beza umur).

4 pengajaran yang patut dicontohi

Apa yang aku belajar dari apa yang dia buat dan cerita-cerita yang dia bagitau,

1. Nekad nak buat sesuatu sampai jadi. Alhamdulillah, apa yang dia nak buat 3 tahun lepas sudah terlaksana.

2. Halangan. Halangan utama ialah keizinan keluarga. Tapi selepas dia tunjuk kesungguhan dan jelaskan segala perancangan dan tindakan apa yang dia perlu buat, dari halangan, keluarga dia sokong 100% impian dia.

3. Ilmu. Tidak dinafikan, dia cakap memang mudah cakap nak ke sana ke sini nak buat itu ini, tapi ilmu asas wajib kena ambil tahu. Dalam kes dia, nak travel, so dia belajar dan ambil tahu ilmu traveling dan pasal ilmu culture dan ilmu berkaitan.

4. Passion. Dia cakap, asalnya nak plan nak pergi ramai, tapi semua tak jadi last minit kecuali dia. Dia bagitau, simple je, bila kita buat sesuatu perkara tanpa passion, kekuatan tu macam takde, akan mudah dilemahkan dan melemahkan.

So, Chap, apapun aku memang respect habis la dengan hang! Lepas ni dia plan nak keluar lagi, tapi nak kerja dulu sekejap sebab nak cari modal dulu. Power la Chap! Aku doakan semoga semuanya dipermudahkan urusan. Good luck!

Sumber: Sham Hussain

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×