berita

Selepas Kisah Bermalam Atas Pokok Viral, TM Naik Taraf Kelajuan Internet Sehingga 300Mbps

July 8th, 2020 | by Shafika
Kini Trending

Sebelum ini viral sebuah video di mana seorang pelajar perempuan dikenali sebagai Veveonah Mosibin sanggup bermalam di atas pokok kerana ingin mendapatkan capaian internet yang kuat demi menjawab peperiksaan online.

Kisah tersebut turut mendapat perhatian pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang akan membina sebuah menara telekomunikasi di Kampung Bilangau Kecil bagi memberi kemudahan kepada pelajar di kawasan itu.

Bukan mudah untuk sambung internet

Kami telah menaiktaraf kelajuan internet di Pusat Internet Kampung Pinggan-Pinggan, Pitas, Sabah menggunakan sambungan gentian fiber 300Mbps bagi memenuhi permintaan komuniti di situ dan kawasan sekitarnya. Pusat internet ini adalah pusat internet yang terdekat dengan kampung Veve.

Menurut pihak Telekom Malaysia (TM), pencapaian ke Kampung Pitas tidak mudah memandangkan ia terletak lebih kurang dari 140km dari Kota Kinabalu. Laluan ke sana juga mengambil masa 3 jam menggunakan kenderaan 4×4. Tempat terpencil ini turut memberi cabaran bagi pihak TM dari segi penyambungan kabel fiber dan penyelenggaraan.

Akan terus bantu menaik taraf kawasan luar bandar

Namun penat dan lelah kami terubat kerana Veve dan komuniti beliau kini boleh mendapat manfaat dari sambungan internet jalur lebar yang kami sediakan. Sambungan internet bekelajuan tinggi ini bakal membuka gerbang baru bagi mereka khususnya buat pengajaran dan pembelajaran (PnP) serta meluaskan lagi peluang untuk perniagaan online buat usahawan di sana.

Kami juga akan menyediakan bantuan dari segi kepakaran dan tenaga pengajar bagi meningkatkan pengetahuan komuniti di sana untuk menjadi sebuah komuniti digital.

Tambah mereka lagi, penaikan taraf pusat internet ini merupakan salah satu daripada langkah untuk mereka terus meningkatkan sambungan internet di kawasan tersebut khususnya di kawasan pendalaman secara amnya.

Mereka berjanji akan terus membuat pelaburan dalam infrastruktur yang meliputi kawasan bandar dan luar bandar untuk menyediakan akses internet dan capaian sambungan menerusi himpunan penawaran konvergens dari unifi Home, Mobile dan Tanpa Wayar.

Sumber : TM Group

 

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×