berita

Selepas Kucing & Anjing, Nadia Si Harimau Malaya Pula Positif Covid-19

April 6th, 2020 | by faris
Kini Trending

Jika sebelum ini seekor kucing di Belgium dan beberapa ekor anjing dijangkiti Covid-19 dipercayai daripada tuan masing-masing, virus maut berkenaan kini menjangkiti harimau pula. Kes terbaru itu melibatkan seekor Harimau Malaya di Zoo Bronx, New York, Amerika Syarikat.

Alami batuk kering

Menurut pihak zoo, penjaga mamalia berkenaan tidak menunjukkan sebarang simptom virus berkenaan. Harimau itu yang dinamakan Nadia berusia 4 tahun dan dilaporkan mengalami batuk kering dan dipercayai haiwan pertama yang sakit akibat jangkitan Covid-19. Sebelum ini, anjing dan kucing yang dijangkiti dilaporkan tidak mengalami apa-apa simptom sakit.

Turut berisiko terkena jangkitan ini adalah seekor lagi harimau Malaya dinamakan Azul, dua ekor harimau Amur dan tiga singa Afrika di zoo berkenaan.

Masih kenal pasti cara jangkitan

Menurut ketua veterinari Zoo Bronx, Paul Calle, pihaknya telah menguji haiwan terlibat dan masih dalam siasatan lanjut menyelidik virus itu.

Walaupun haiwan liar ini didapati kurang selera makan, tetapi kami sentiasa memantau dan mengambil langkah berjaga-jaga termasuk mendapatkan laporan semasa daripada penjaganya.

Setakat ini masih belum diketahui bagaimana wabak ini boleh menjangkiti harimau memandangkan setiap spesis akan memberikan tindak balas berbeza terhadap virus ini.

Walaubagaimanapun, kajian setakat ini, masih tiada bukti kukuh menunjukkan COVID-19 boleh berjangkit dari haiwan ke manusia.

Sumber: National Geographic, CNNBerita Harian

 

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×