berita

Selepas Lebih Sebulan, Mayat Nora Anne Quoirin Akhirnya Disemadikan Di Belfast

September 11th, 2019 | by Shahira
Kini Trending

Pada Ogos yang lalu, negara kita dikejutkan dengan berita kehilangan gadis Ireland, Nora Anne Quoirin yang telah hilang selamanya 10 hari akhirnya ditemui di Gunung Berumbun berhampiran resort yang diduduki mangsa.

Mayat Nora Anne kini sudah disemadikan di kampung halaman ibunya di Belfast.

Penghormatan terakhir buat Nora Anne

Menerusi Evening Standard, keluarga dan sahabat mangsa dikatakan telah berkumpul di Belfast untuk memberi penghormatan terakhir buat Nora Anne. Mayat mangsa kemudian disemadikan dalam satu upacara penuh emosi di Gereja St Brigid.

Nora merupakan seorang gadis istimewa orang kurang upaya (OKU) yang dilahirkan dengan mempunyai kecacatan pada otak, holoprosencephaly.

Diketuai oleh paderi dan bapa saudara

Upacara pengebumian ini diketuai oleh paderi Fr Edward O’Donnell dan turut disertai oleh bapa saudara Nora Anne, Fr Pat Kelly.

Hari ini kita kembali ke St Brigid dalam kesedihan yang tidak terkata atas kematian Nora yang tragis dan bersimpati buat keluarga mangsa.

Sumber: Evening Standard

SKIP THIS AD ×