berita

‘Langsung Tak Masuk Akal’ – Keluarga Nora Anne Tuntut Bela, Saman Resort

January 5th, 2020 | by Amat
Kini Trending

Kehilangan remaja warga Ireland yang bernama Nora Anne Quoirin masih belum selesai sehingga berita ini mendapat perhatian antarabangsa. Mayat Nora Anne telah berjaya ditemui selepas 10 hari dilaporkan hilang dari penginapannya di Dusun Resort dalam keadaan berbogel.

Saman sivil dikeluarkan

Terbaru, ibu bapa kepada Nora Anne itu tidak berpuas hati dan membuat keputusan untuk menyaman resort berkenaan. Peguam Sankara Nair mewakili keluarga tersebut telah menfailkan saman sivil di Mahkamah Sesyen Seremban. Sebutan kes pertama akan didengar pada 21 Januari nanti.

Dalam pada itu, pihak polis melaporkan mangsa Nora Anne dipercayai mati akibat pendarahan gastrousus atau mungkin disebabkan oleh tekanan dan kelaparan sepanjang kehilangannya di dalam hutan berhampiran resort berkenaan. Polis juga tidak menemui sebarang tanda penculikan atau rogol dan menolak unsur khianat.

Banyak persoalan belum terjawab

Namun, kedua ibu bapa mangsa iaitu Meabh dan Sebastian Quoirin mempercayai bahawa terdapat banyak persoalan yang masih belum terjawab berkaitan kematian anak mereka pada 13 Ogos 2019.

Untuk fikir bahawa Nora bangun pada tengah malam, tidak memakai baju, tidak berselipar, keluar dari banglo ke hutan, dengan kawasan itu sangat curam dan berbahaya, dalam keadaan kegelapan, langsung tidak masuk akal. Kami fikir ia tidak masuk akal untuk memikirkan kemungkinan itu.

Sumber: MalaysiaKini

SKIP THIS AD ×